Lelaki Maut Setelah Makan Lipan Dan Cicak Tokek Untuk Tambah Pengikut Akaun Penstriman Langsung

Kehidupan

Lelaki Maut Setelah Makan Lipan Dan Cicak Tokek Untuk Tambah Pengikut Akaun Penstriman Langsung

Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui maut dalam rumahnya setelah makan binatang berbisa untuk satu permainan.

Sun ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik tidurnya di Hefei, wilayah Anhui di China Sabtu lepas oleh teman wanitanya. Sebelum itu, dia telah membuat penstriman langsung dirinya makan lipan, cacing dan cicak tokek sebagai kudapan di Internet, sambil minum arak, menurut laporan media tempatan.

Advertisement

PRI-77131621

Polis mengesahkan Sun sudah tidak bernyawa semasa mereka datang ke rumahnya dan komputernya masih melakukan penstriman secara langsung, malah kesemua haiwan itu masih ada di mejanya.

Blogger video itu baru-baru ini melancarkan permainan baru di mana dirinya akan makan serangga berbisa atau minum minuman keras jernih yang sudah disuling, bergantung kepada apa yang ditunjukkan melalui pusingan roda pintal.

Sun berharap aksinya akan menambah lagi pengikut di media sosialnya yang pada masa itu berjumlah 15,000 orang, setelah memulakan permainannya menggunakan akaun penstriman langsung DouYu, yang merupakan antara platform penstriman langsung yang utama di China, lapor Xinan Evening News.

Sesi penstriman terakhir Sun ialah pada pukul 7.53 petang pada Khamis, dan arkib videonya kini sudah dipadamkan. Polis sedang menyiasat punca sebenar kematian Sun tetapi mengetepikan terdapat sebarang unsur jenayah. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...