Lelaki Maut Ketika Bantu Mangsa Kemalangan, Dirempuh Pemandu Disyaki Mabuk – “Tiba-Tiba Dengar Dentuman…”

Kehidupan

Lelaki Maut Ketika Bantu Mangsa Kemalangan, Dirempuh Pemandu Disyaki Mabuk – “Tiba-Tiba Dengar Dentuman…”

Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi sebelum seorang lagi lelaki turut terkorban akibat dirempuh sebuah kereta ketika memberi bantuan kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 2.10 pagi dan penunggang motosikal berusia 30-an warga Myanmar tersebut dipercayai terbabas sendiri.

Advertisement

Seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun kemudian datang membantu penunggang motosikal itu dengan menjaga mangsa daripada lalu lintas, sebelum datang sebuah kereta jenis BMW dan melanggarnya pula.

lelaki maut dirempuh ketika bantu mangsa kemalangan

Lelaki baik hati itu adalah Mohd Taufik Ariff Sariff dan isterinya, Suhaidah Yusof, 40, berkata suaminya dirempuh pemandu disyaki mabuk dan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketika itu, saya memandu kereta dan kami ternampak ada serpihan motosikal yang kemalangan. Saya kemudian parkir kereta di tepi jalan sebab suami kata hendak pergi menolong mangsa.

Kata Suhaidah, Syawal kali ini adalah kali pertama mereka raikan bersama sebagai pasangan suami isteri selepas mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu. Dia akui terkejut dan trauma kehilangan suami namun reda dengan ketentuanNya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 months ago

Bapa Tunggal 3 Anak Maut, Dilanggar Kereta Ketika Bantu Mangsa Kemalangan Di 'Highway' Karak-KL

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...