Lelaki Maut Ditikam Gara-Gara Terpijak Kepala

Trending

Lelaki Maut Ditikam Gara-Gara Terpijak Kepala

Di Kok Lanas, Kelantan, seorang lelaki maut selepas ditikam penjaga ayam yang berang gara-gara kepalanya terpijak mangsa ketika sedang tidur. Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku sekitar jam 11.46 malam di Kampung Che Arus, Bukit Merbau itu menyebabkan suspek warganegara Thailand yang dikenali sebagai Man Siam melarikan diri.

Sekadar gambar hiasan

Berkongsi dengan lebih lanjut, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata pada malam kejadian mangsa bersama bapa sepupunya ke rumah seorang ahli keluarga.

Advertisement

“Apabila tiba di rumah ahli keluarga, mangsa yang mengenali suspek pergi ke reban ayam di belakang rumah untuk mencarinya.

Tidak lama kemudian, suspek datang ke rumah dan memberitahu dua lelaki terbabit bahawa dia sudah menikam mangsa menggunakan pisau atau golok kecil bersarung.”

Menurut laporan, suspek tinggal di reban ayam di belakang rumah sejak mula bekerja sebagai penjaga ayam ternakan milik keluarga berkenaan awal tahun ini.

Man Siam diburu polis untuk membantu siasatan Foto: Harian Metro (Ihsan Polis)

Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Machang dan disahkan meninggal dunia. Pihak polis kini sedang giat mengesan Man Siam dan memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...