Lelaki Maut Ditikam Depan Rumah Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Suspek, Baru Kenal Sebulan – Polis

Hiburan

Lelaki Maut Ditikam Depan Rumah Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Suspek, Baru Kenal Sebulan – Polis

Polis mengesahkan kematian lelaki yang ditikam di hadapan rumah keluarganya di Senawang Isnin lalu, bermotifkan rasa berang kerana hubungan sulit.

lelaki ditikam depan rumah
2025-08-13 12:07:44

"Ingatkan Kawan, Dia Datang Terus Rodok Abang Saya" - Lelaki Maut Ditikam Depan Rumah Ketika Berbual

Advertisement

Mangsa ada skandal dengan isteri suspek

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa yang maut itu mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek.

Siasatan polis mendapati motif suspek melakukan perbuatan itu kerana berang selepas mendapat tahu isterinya curang dengan lelaki tersebut.

Kami difahamkan, isteri suspek sudah berkenalan dengan mangsa sejak sebulan lalu melalui laman sosial. Bagaimanapun, pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof Sumber : NSTP 

Tambah Ahmad Dzaffir, suspek juga didapati tiada rekod jenayah dan saringan air kencing juga menunjukkan lelaki itu bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Suspek buat 3 kerja nak sara keluarga, isteri curang

Sementara itu, seorang pengguna Facebook mendakwa dirinya adalah abang kepada suspek meminta orang ramai untuk tidak meninggalkan komen tidak sepatutnya jika tidak tahu perkara sebenar.

Tulisnya, adiknya gigih melakukan tiga kerja demi untuk menyara keluarga namun isterinya tidak tahu rasa bersyukur kerana menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Yang meninggal tu kacau bini orang. Yang bini orang taktahu bersyukur. Suami buat 3 kerja seharian yang bini sedap sedap curang dengan jangan lain.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut memuat naik tangkap layar laporan polis didakwa berkaitan kes yang sama di mana mangsa dikatakan pernah melakukan hubungan intim dengan isteri suspek.

lelaki ditikam ada skandal dengan isteri suspek

lelaki ditikam ada skandal dengan isteri suspek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...