Lelaki Maut Ditetak Sekumpulan Individu Bertopeng Di Perkarangan Hospital Jasin

Berita

Lelaki Maut Ditetak Sekumpulan Individu Bertopeng Di Perkarangan Hospital Jasin

Memetik Kosmo Online, seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas ditetak sekumpulan suspek bertopeng bersenjatakan parang di perkarangan Unit Kecemasan Hospital Jasin.

Difahamkan, kejadian itu bermula di sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru dan mangsa cuba diselamatkan adiknya dengan membawanya ke hospital namun dikejar sekumpulan lelaki sehingga ke perkarangan hospital.

Advertisement

Lelaki ditetak di hospital jasin

 

Satu klip video kejadian berkenaan memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh turut menjadi tular di media sosial.

 

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi.

Selepas ditetak, mangsa sempat menghubungi adiknya berusia 22 tahun meminta tolong untuk membawanya ke hospital.

Sejurus mangsa diturunkan di Unit Kecemasan Hospital Jasin, kereta adiknya tiba-tiba dikepung kumpulan sama yang kemudian bertindak memecahkan cermin kenderaan tersebut.

Ketika cuba melarikan diri, pemuda itu turut melanggar sebuah ambulans hospital. Mangsa yang ditetak bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Jasin pada 10.15 malam.

Pihak polis juga telah berjaya menahan tiga suspek berusia 21,22,dan 31 tahun dan semua mereka direman sehingga 1 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Remaja lembam dirogol kenalan aplikasi Litmatch
3 months ago

Seorang Remaja Lembam Usia 16 Tahun Diperkosa Kenalan Aplikasi 'Dating' Dalam Talian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...