Lelaki Marah & Maki Hamun Isteri Depan Anak-Anak Sebab ‘Bazir’ Duit Belanja Beli Ayam – “Dia Beli Rokok Berkotak-Kotak”

Kehidupan

Lelaki Marah & Maki Hamun Isteri Depan Anak-Anak Sebab ‘Bazir’ Duit Belanja Beli Ayam – “Dia Beli Rokok Berkotak-Kotak”

Seorang wanita meluahkan isi hati yang terbuku tentang suaminya yang bukan sahaja memberi nafkah tidak mencukupi tetapi juga memarahinya kerana dikatakan boros berbelanja.

Katanya, suaminya memberikan RM100 dan dia telah menggunakan RM50 untuk membeli barang dapur manakala selebihnya untuk mengisi minyak kereta.

Advertisement

Namun kerana mahu memenuhi selera dan permintaan anak-anak, wanita itu menggunakan sebahagian duit diberikan untuk membeli seekor ayam.

Saya dah minta izin nak beli ayam, whatsapp saya dibalas ‘okey’. Suami izinkan saya pun beli pada harga RM14.50 seekor. Bukan selalu makan ayam, sesekali je.

ayam mentah

 

Beli ayam marah tapi beli rokok boleh

Disebabkan itu, suaminya yang pulang pada kira-kira jam 8 malam kemudian memarahinya dan bukan sekarang menengking tetapi juga turut memaki hamun di hadapan anak-anak mereka.

Anak anak tak kisah makan apa ada je cuma semalam mereka nak ayam. Tapi bila suami balik kerja pukul 8 lebih, masuk pintu terus marah-marah.

Lelaki berkenaan juga turut menuduhnya boros berbelanja namun kata wanita itu, suaminya juga menghabiskan duit untuk membeli rokok.

Tapi dia beli rokok berkotak-kotak boleh pula. Saya diam, sabarkan hati. Salah ke saya beli ayam untuk anak-anak dan suami makan?

lelaki merokok

 

Sikap baran menjadi-jadi

Katanya lagi, suaminya juga tidak akan makan sekiranya dia memasak lauk telur dan memberikan alasan tidak berselera. Apa yang lebih membuatkannya terkilan adalah suaminya tergamak berkata dia dan anak-anak adalah beban dalam hidup.

Dia tu kalau dapat duit je, beli barang online. Saya ni nak beli apa pun untuk diri sendiri, saya tahan tak beli. Saya sikit pun tak pernah berkira suami susah. Hutang duit anak RM600 pun dia tak bayar lagi.

lelaki perempuan bergaduh

Janji nak bayar, masa nak pinjam baik sangat. Baran dia makin teruk sekarang. Rasa nak hampir gila hadap perangai dia yang tak semena-mena baran, mengamuk tak tentu hala.

Wanita itu juga sedih apabila anak-anak menjadi mangsa kemarahan suaminya dan memohon agar netizen mendoakan agar dia dan anak-anak terus kuat mental dan emosi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 weeks ago

Suami 'Ketagih' Berhibur Dengan GRO Vietnam Setiap Bulan, Isteri Laporkan Pusat Hiburan Pada Jabatan Imigresen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...