Lelaki Mahu Saman Aktres Zhao Wei Kerana Merenungnya Melalui Kaca Televisyen

Trending

Lelaki Mahu Saman Aktres Zhao Wei Kerana Merenungnya Melalui Kaca Televisyen

Salah satu kes mahkamah terbaru yang pelik di Shanghai ialah satu saman seorang lelaki terhadap aktres terkenal Zhao Wei kerana merenungnya melalui kaca televisyen.

zhao-wei-1

Advertisement

Lelaki itu menuduh pelakon itu menyebabkan ‘kerosakan spiritual’ dengan renungan tajamnya dan kini dia mahukan pampasan, lapor China Times, merujuk Mahkamah Rakyat Shanghai Pudong.

Zhao Wei membintangi satu drama TV popular, Tiger Mom, yang mula disiarkan di Dragon Television dan Tianjin Television pada Mei. Dia salah seorang pemegang watak utama sebagai seorang yang ‘tidak stabil secara emosional’ dan wataknya sering memberi renungan tajam kepada suami dan anak perempuannya dalam siri itu.
zhao-wei-2
Menurut Legal Daily, mahkamah Shanghai telah menerima banyak saman pelik sejak bulan lepas, apabila satu sistem baru pemprosesan kes mahkamah diperkenalkan. Baru-baru ini, seorang peguam telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang hakim mahkamah kerana menyebabkan peguam itu mengalami masalah kesihatan akibat tidak membenarkan rehat semasa perbicaraan berjalan.

Bulan ini saja, Mahkamah Rakyat Shanghai telah menolak 14 kes kerana tidak munasabah.

Rasa sunyi bila berbuka puasa di hujung minggu?Jangan bimbang anda akan kesunyian.Jom kita berbuka puasa bersama…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 8 June 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...