Lelaki Lena Tidur, Tidak Sedar Rumah Sudah Dimasuki Air

Trending

Lelaki Lena Tidur, Tidak Sedar Rumah Sudah Dimasuki Air

Seperti yang kita tahu, insiden banjir bukanlah satu perkara yang asing lagi di negara kita. Sudah pasti beberapa kawasan akan terjejas apabila berlakunya insiden banjir ini serta menyebabkan rumah yang terlibat dimasuki air jika tibanya musim hujan, lebih-lebih pada musim tengkujuh.

Tidak dinafikan, insiden ini telah banyak menyebabkan rumah-rumah penduduk yang terjejas mengalami kerosakan harta benda.

Advertisement

3 years ago

18 PPS Dibuka, 985 Mangsa Banjir Di Sarawak

Lebih teruk lagi, pernah juga kita dengar tentang penduduk yang kehilangan rumah mereka kerana di bawa arus deras ketika insiden banjir berlaku.

Disebabkan itu, ramai penduduk di kawasan yang kerap mengalami insiden ini sentiasa bersedia dan melakukan persiapan yang sepatutnya apabila tiba musim hujan lebat di kawasan mereka.

Tidak sedar rumah sudah banjir, lelaki ini masih lena tidur siap memeluk bantal

Tular baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna dari negara jiran Indonesia yang memaparkan situasi banjir yang berlaku di sekitar kawasan perumahannya.

Dalam perkongsian video tersebut, lelaki itu menunjukkan keadaan luar dan dalam rumahnya yang sudah dimasuki air akibat banjir.

Apa yang membuatkan ramai penonton video tersebut terhibur adalah apabila lelaki itu masuk ke dalam rumah dan mendapati rakannya sedang lena tidur serta tidak sedar yang rumah mereka sudah dimasuki air.

Lebih melucukan, reaksi rakannya yang terkejut dan seakan tidak percaya dengan keadaan rumah mereka itu ketika lelaki tersebut mengejutnya untuk bangun.

“Mesti dia tengah mimpi mandi tu”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 6.7 juta tontonan, 473.4 ribu tanda like dan 5.9 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat aksi rakan lelaki tersebut yang sedang asyik tidur walaupun rumah mereka sudah dimasuki air.

Lelaki lena tidur walaupun rumah banjir

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Lelaki lena tidur walaupun rumah banjir

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang mengatakan ianya hanyalah lakonan semata-mata kerana terlihat tapak kaki orang menuju keluar rumah ketika lelaki itu masuk ke dalam rumahnya.

Ramai juga yang berseloroh mengatakan mungkin rakannya itu tidak sedar rumah mereka sudah dimasuki air kerana dia bermimpi sedang mandi.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...