Lelaki Kutuk Bomba Malaysia Minta Maaf, Janji Takkan Kata Buruk Lagi

Trending

Lelaki Kutuk Bomba Malaysia Minta Maaf, Janji Takkan Kata Buruk Lagi


Seorang lelaki yang mengutuk Bomba Malaysia kerana didakwa lembap dan gagal mengesan kereta Toyota Vios yang terjunam dari Jambatan Pulau Pinang dalam satu kemalangan kini telah insaf dan berjanji tidak akan berkata buruk mengenai Bomba Malaysia lagi.


Chuah Chun How telah bertemu dengan pihak Bomba Jalan Perak, Pulau Pinang untuk memohon maaf dengan ikhlas.

Advertisement

Permohonan maaf itu sangat dialukan rakyat Malaysia dan Chua disifatkan seorang yang berani bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.

Terdahulu, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, awal hari Ahad.

Kedua-dua pemandu dikatakan mengenali satu sama lain dan baru pulang dari satu majlis sambutan hari jadi rakan mereka. Ada mendakwa keduanya berada dalam keadaan mabuk. – amazingnara.com

Sumber: Fais Al-Hajari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...