Seorang lelaki berkongsi pengalaman yang dianggap terburuk ketika berurusan dengan jurujual di Machine, Citta Mall ketika hendak membeli iPhone baru-baru ini.
Cerita lelaki itu, dia datang ke kedai tersebut pada jam 10 pagi ketika ia baru dibuka dan telah dilayani oleh jurujual terbabit yang dikatakan tidak mesra dan kurang ajar.
Aku cakaplah, iPhone 16 256gb black ada tak, lepastu dia kata haa jap, dia tak senyum sumpah aku cakap memang rude sangat-sangat rude.
Tambahnya, dia berasa kurang senang dengan cara jurujual berkenaan melayaninya yang seperti endah tak endah sahaja. Lelaki itu kemudian membuat carian di Google dan mendapati ramai orang memberikan feedback negatif tentang jurujual tersebut.
Aku tak tahu apa masalah this guy, aku check dekat Google review dan orang beritahu memang dia teruklah this guy, tak tahu apa masalah dia.
Ketika mahu membayar, dia terpaksa menggunakan kad bapanya disebabkan isu transaksi yang banyak namun kemudian jurujual tersebut bertanya dengan nada sinis sekiranya dia tidak bekerja.
Aku ambil kad bapa aku, pergi dekat kaunter bagi dekat dia lepastu dia minta pin, aku panggil bapa aku sebab aku tak tahu pin dia.Lepastu that guy, time dah bayar tu dia cakap dekat aku tak kerja eh?
Habislah staff Machine dekat CITTA Mall ni.
Review dekat google dah cantik dah tapi jangan disebabkan perangai staff yang macamni habis rosak bisnes 😅 pic.twitter.com/lKJCXS0xZD
— kamaghul deghaman (@kamaghul) April 13, 2025
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.