Lelaki Kongsi Cara-Cara Hidupkan Api Supaya Tahan Lebih Lama

Trending

Lelaki Kongsi Cara-Cara Hidupkan Api Supaya Tahan Lebih Lama

Tidak dinafikan, trick untuk menyalakan api sememangnya sangat berguna bagi penggemar aktiviti outdoor seperti perkelahan atau berkhemah di dalam hutan. Unggun api bukan sahaja untuk memasak makanan ketika sedang berkhemah malah ia juga sangat penting untuk keselamatan ketika melakukan aktiviti tersebut.

Kebiasaannya, proses untuk menyalakan api ini mengambil masa yang lama kerana ia sememangnya agak sukar. Kadangkala, penggemar aktiviti perkhemahan ini juga menghadapi kesukaran untuk menyalakan api walaupun sudah berulang-ulang kali pergi berkhemah.

Advertisement

3 bulan lalu

Lucu, Gelagat Sekumpulan Gadis Ketika Piknik Di Tepi Pantai

Ini adalah kerana, kerja menyalakan api memerlukan kesabaran yang tinggi serta skill yang tersendiri. Tidak kiralah sama ada menggunakan daun kering, sarang telur mahupun surat khabar, ia tetap megambil masa yang lama hingga kadang itu menyebabkan kehabisan sumber bahan bakar.

Seorang lelaki kongsi trick mudah untuk hidupkan api

Baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama shafickza yang memaparkan seorang lelaki berkongsi tentang cara-cara mudah untuk menyalakan api.

Dalam perkongsian video tersebut, lelaki itu mengajar cara-cara untuk menyalakan api dengan hanya menggunakan tisu dan minyak masak.

Advertisement

Apa yang menarik perhatian penonton perkongsian video tersebut adalah apabila lelaki itu mengatakan yang cara-cara menyalakan api tersebut bukan sahaja untuk menghasilkan bara tetapi mampu membuatkan api itu tahan dengan lebih lama.

“susun arang dan letakkan tisu  di tengah-tengah susunan arang”

Kemudian, takungkan minyak masak di dalam tisu itu lalu bakar keempat-empat bucu tisu tersebut. Selepas itu, letakkan arang di sekeliling api untuk menjadikannya bara, namun pastikan masih terdapat ruang udara bagi membantu pembakaran.

Tambah lelaki itu lahgi, anda hanya perlu tunggu beberapa minit untuk api tersebut menjadi bara dan tambah arang dalam api tanpa perlu bersusah payah mengipas lagi.

“Kalau fikir balik, benda ni macam sangat basic tapi tak pernah nak terfikir”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 2.3 juta tontonan, 187 ribu tanda like dan 2 ribu komen. Rata-rata netizen turut teruja melihat perkongsian lelaki tersebut.

Cara mudah hidupkan api

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Advertisement
Cara mudah hidupkan api

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang mengatakan mereka sudah tidak perlu untuk menyusahkan diri mengambil masa yang lama hendak nyalakan api selepas tahu cara-cara mudah daripada lelaki tersebut.

Ada juga yang berseloroh mengatakan yang mereka sangat rugi kerana baru mengetahui cara-cara mudah untuk menyalakan api ini.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...