Lelaki Ketagih Filem Porno Sejak Isteri Hamil, Kantoi Rakam Ibu Mentua Mandi & Cabul Adik Ipar

Hiburan

Lelaki Ketagih Filem Porno Sejak Isteri Hamil, Kantoi Rakam Ibu Mentua Mandi & Cabul Adik Ipar

Kerana ketagihan porno, seorang lelaki berusia 26 tahun kantoi melakukan gangguan seksual terhadap ibu mentua dan adik iparnya.

Kejadian berlaku di Bengkulu, Indonesia di mana suspek kantoi merakam ibu mentuanya yang sedang mandi pada Sabtu, 7 Oktober yang lepas.

Advertisement

Semuanya terbongkar apabila wanita itu menjerit selepas ternampak ada telefon bimbit yang sedang merakamnya dari luar bilik air.

Terkejut dengan jeritan itu, suspek melarikan diri dari situ namun mangsa kemudian menceritakan kejadian berkenaan kepada suaminya.

Sebaik sahaja wanita itu bercerita, anak perempuannya berusia 9 tahun tiba-tiba menangis dan akhirnya mendedahkan bahawa dia pernah dicabul oleh suspek sebanyak dua kali pada Julai dan Ogos lalu.

Keluarga tersebut kemudian membuat laporan polis dan akhirnya menantunya itu ditahan dan mengaku ketagih menonton filem porno Jepun.

Suspek mengaku ketagih menonton video menjijikkan sejak isterinya mengandung.

Suspek bakal dihadapkan ke mahkamah dan didakwa di bawah Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak di  mana dia berdepan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Child pornografi
1 year ago

"Baru Syok Layan Malam-Malam" - DP Siap Gambar Anak, Komen Netizen Berkenaan Isu 'Child P*rn' Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Detik

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...