Lelaki Kantoi Tipu & Reka Cerita Jaga ‘Parents’ Sakit Untuk Mohon Bantuan Kewangan, Keluarga Pun Dah Serik

Kehidupan

Lelaki Kantoi Tipu & Reka Cerita Jaga ‘Parents’ Sakit Untuk Mohon Bantuan Kewangan, Keluarga Pun Dah Serik

Inilah sebab kenapa Pusat Zakat memerlukan sedikit masa untuk menyampaikan bantuan kerana wujudnya individu-individu yang sanggup menipu dan mereka cerita untuk mendapatkan wang secara mudah.

Ahli Parlimen Skudai, Marina Ibrahim telah menggunakan akaun media sosialnya untuk memberi peringatan dan meminta orang ramai berwaspada dengan seorang lelaki bernama Razak.

Advertisement

Katanya, dia dihubungi Razak pada Jun 2024 untuk memohon bantuan kerana dia perlu menjaga ibu bapa yang sakit namun apabila Marina mahu melawat lelaki itu menolak.

Aku nak buat lawatan, dia tak berikan kebenaran. Dia cakap buat lawatan bila dia ada di rumah.

Ahli Parlimen Skudai, Marina Ibrahim

 

9 Jun 2024

Marina terjah ke rumah keluarga Razak untuk membuat lawatan dan pada ketika itu dia berjumpa dengan seorang lelaki di mana dia memaklumkan telah dihubungi oleh individu bernama Razak untuk meminta bantuan.

Lelaki tersebut merupakan adik kepada Razak , senyum dan agak terkejut. Kerana abang yang bernama Razak langsung tidak pernah balik dan menjaga kedua ibu bapa yang sakit dan ini bukan pertama kali orang datang rumah disebabkan kelakuan si abang.

10 Jun 2024

Marina membuat lawatan sekali lagi bagi membantu untuk mengisi borang Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tambah Marina, baru-baru ini juga dia dimaklumkan bahawa lelaki bernama Razak ada meminta sumbangan awam dengan alasan menjaga ibu bapa sakit dan dia tidak mampu membayar sewa serta mendakwa penyewa mahu mengunci ibu bapanya di dalam rumah kerana tidak membuat bayaran.

Sedangkan rumah tersebut telah habis di bayar dan adalah milik emak dan paling penting dia TIDAK PERNAH menjaga mak ayah yang sakit.

Razak reka cerita minta bantuan

Razak reka cerita minta bantuan

 

Keluarga mohon maaf, cerita hal sebenar

Dalam pada itu, Marina turut berkongsi dalam hantaran di Facebook mesej yang diterimanya daripada kakak Razak mengatakan bahawa adiknya suka scam orang ramai.

Dia scammer. Saya dah bayar semua hutang-hutang duit Ahlong tahun 2016. Dia hilangkan diri sekarang timbul balik buat hal.

Tambah wanita itu, Razak telah menghilangkan diri selama tujuh tahun dan sebelum ini pernah mencuri harta benda keluarga termasuklah barang kemas kakak dan ibu sendiri.

Kesian mak. Duit umrah pun hilang, duit nak pergi haji pun dia curi. Saya mohon maaf bagi pihak keluarga. Saya malu sampai bila kita nak lari dari Razak. Keluarga saya hidup dalam ketakutan, tak tahu apa lagi dia akan buat.

Razak reka cerita minta bantuan

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 months ago

Individu Dedah Bagaimana Pempengaruh ‘Buat Duit’ Dengan Promosi Derma - “Patutlah Kaya Semacam ”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...