Lelaki Kantoi Sorok Dalam Almari Skodeng Wanita Mandi

Trending

Lelaki Kantoi Sorok Dalam Almari Skodeng Wanita Mandi

Seorang wanita berang apabila rumahnya bukan sahaja dipecah masuk oleh seorang lelaki tetapi dia juga mendakwa dirinya turut diintai ketika sedang mandi.

Lelaki itu dijumpai dalam sebah almari yang diletak berdekatan dengan bilik mandi dan berada dalam keadaan hanya memakai seluar dalam di kampung Padang Jambu.

Advertisement

Dek kerana terlalu geram wanita berusia 26 tahun itu memuat naik gambar lelaki berkenaan di laman sosial Facebook miliknya dan dia meminta sesiapa yang terjumpa lelaki itu diharap boleh bawa ke balai polis.

Status yang dimuat naik tersebut menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa terserempak dengan suspek yang cuba memasuki rumahnya melalui tingkap kecil di dapur.

Bagaimanapun, mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki berkenaan bersenjata tajam. Dan suspek berkenaan berjaya untuk meloloskan diri.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari dan ketika itu mangsa baharu pulang dari pasar. Mangsa memanggil abangnya tetapi suspek mempunyai senjata segera melarikan diri.”

Mangsa percaya perbuatan itu bukan kali pertama dan sebelum ini pernah memecah masuk serta mengintainya ketika mandi. Mangsa juga menyedari kejadian itu apabila dia ternampak seperti ada tangan yang terkeluar dari pintu almari tersebut.

Pihak polis masih memburu suspek dan meminta orang ramai segera menghubungi pihak berkuasa jika mempunyai sebarang maklumat berhubung lelaki itu.

Perkara seperti ini sangat membimbangkan dan berbahaya bukan sahaj untuk kaum wanita tetapi juga untuk orang awam yang lain kerana mangsa yang bersenjata boleh mencederakan orang ramai serta bertindak ganas.

“Apa yang kita bimbang tentang keselamatan penduduk kerana suspek sering membawa senjata seperti pisau kecil dan suspek boleh bertindak di luar kawalan hingga membawa kepada kecederaan.”

Kes akan disiasat di bawah seksyen 453 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah.

Sebarang maklumat mengenai suspek boleh laporkan ke balai-balai polis berhampiran atau hubungi bilik gerakan dI talian 09 – 8482222.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...