Baru-baru ini, pempengaruh yang juga merupakan adik perempuan, Neelofa iaitu Ameera Khan telah menjawab persoalan orang ramai mengenai hubungannya bersama kekasih, Jefri Nichol.
Tak kisah bercinta dengan lelaki ‘red flag’ dan ‘playboy’
Apabila dipersoal menjalinkan hubungan bersama lelaki yang dianggap ‘red flag’ dan ‘playboy’, Ameera berkata dia tidak menghiraukannya kerana mengenali Jefri secara peribadi.
InsyaAllah sayang I want to end up with you. Saya berdoa untuk bersama dia. Lelaki kalau kacak, terkenal dan ada segalanya kalau tak playboy mungkin saya akan risau. Janji tak playboy dengan saya.
@ptryyy04_ Replying to @Yourstar follow for more! #littlemisskhan #jefrinichol #indonesia #masukberanda #ameerakhan #fyp #fypage #bucin ♬ original sound – ݁ ˖ ‧₊˚
Terima kasih ambil berat
Dalam pada masa yang sama, pempengaruh tersebut turut berterima kasih kepada netizen kerana mengambil berat tentang dirinya.
Tetapi menegaskan dia berada dalam keadaan baik-baik serta selamat sahaja.
Sebelum ini, hubungan Ameera Khan dan Jefri Nichol telah menarik perhatian ramai susulan pelakon Indonesia itu sebelum ini pernah mengakui pernah meniduri lebih daripada 20 wanita serta makan daging khinzir.