Lelaki Jepun Dedah Tak Pernah Pakai Duit, Hanya Guna Baucar Untuk Perbelanjaan Seharian Selama 36 Tahun

Trending

Lelaki Jepun Dedah Tak Pernah Pakai Duit, Hanya Guna Baucar Untuk Perbelanjaan Seharian Selama 36 Tahun

Seorang lelaki Jepun yang dikenali sebagai Kiriya Horoshi khabarnya langsung tidak pernha membelanjakan wang dalam kehidupan sehariannya selama 36 tahun.

Hal ini demikian kerana, sejak berusia 35 tahun, beliau mula melabur dalam saham dan bertindak menggunakan baucar sahaja untuk berbelanja.

Advertisement

Disebabkan pasaran saham Jepun mempunyai sistem di mana pelabur yang telah melabur sejumlah wang tertentu akan dapat pelbagai bentuk baucar sebagai ganjaran, beliau dilihat tidak teragak-agak menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin.

Untuk rekod, nilai pasaran saham yang dimilik lelaki berusia 71 tahun ini adalah sebanyak 300 juta yen iaitu sekitar RM11,800,000.

Mengamalkan sikap berjimat cermat tidak hairanlah dompetnya juga bukan seperti dompet orang biasa kerana sehingga kini masih dipenuhi baucar yang diperoleh daripada pelaburan saham.

Kiriya kini difahamkan mempunyai pelaburan dalam lebih 900 syarikat dan syarikat-syarikat itu dilihat tidak ketinggalan memberi baucar yang banyak kepadanya setiap tahun.

Sumber: Shin Chew Daily, Era Baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...