Ramai yang merungut kebosanan di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Tetapi, jika anda rajin dan kreatif banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengisi masa terluang. Antaranya ialah ubah suai ruangan rumah atau bilik tidur anda supaya menjadi lebih cantik dan selesa.
Seorang pengguna twitter @FiqSaid telah menggunakan masa lapangnya semasa PKP untuk mengubah bilik tidurnya menjadi ala-ala bilik pameran IKEA.
28 hari MCO punye keje..dan skrg pishang ? mco smbg lagi tp @ikeamalaysia tutup terus ????? pic.twitter.com/IZN8GVfnnI
— fiq said (@FiqSaid) April 15, 2020
Perkongsian tweetnya telah menjadi viral dan ramai yang menyukai serta memuji hasil kreativiti pemuda tersebut. Fiq berkongsi foto dan video yang menunjukkan bilik tidurnya sebelum dan selepas perubahan.
Fiq telah berbelanja sekitar RM5,000 untuk mengubah biliknya termasuk perabot, cat dan barang-barang kecil lain.
Dia memberitahu bahawa sebelum ini, dia hanya tidur di atas tilam di lantai dan tidak pernah mempunyai masa atau wang yang mencukupi untuk menghiasi biliknya.
Fiq telah menabung selama 5 tahun untuk sehingga dia mampu melakukan proses pengubahsuaian ini. Kini dia boleh berbangga kerana kesemua ini dilakukannya sendiri.
“Ini bukanlah ‘wang jatuh dari langit dalam satu malam’,” katanya.
Sehingga hari ini, perkongsian tersebut telah mendapat lebih dari 7,500 retweet dan lebih dari 14,600 likes.
Mungkin anda boleh jadikan perkongsian Fiq ini sebagai inspirasi untuk mulakan impian anda yang dah lama nak ubahsuai rumah tu.