Lelaki Ini Tulis Tentang Perkembangan Terbaru Dunia, “Dajjal Dah Nak Muncul, Sayang.”

Trending

Lelaki Ini Tulis Tentang Perkembangan Terbaru Dunia, “Dajjal Dah Nak Muncul, Sayang.”

Hari ni mood saya agak ‘gloomy’ sedikit. Iyalah, semalam dah dikejutkan dengan kematian 84 orang yang dilanyak oleh sebuah Trak di Paris. 10 daripadanya adalah kanak-kanak dan pemandu trak tersebut beragama Islam! Walaupun pemandunya ada rekod jenayah sebelum tu tetapi agama tetap dikambing hitamkan sebagai motif utama kejadian tu!

dajjaliscomingBangun pagi-pagi pulak dikejutkan dengan cubaan untuk menggulingkan Presiden ke 12 Turki, Erdogan oleh pihak tentera. Tentera Turki ni memang pantang sedikit kalau ada pemimpinnya yang taknak berhukum dengan hukum sekular ni. Alhamdulillah berita yg saya baru terima sekarang katanya cubaan rampasan kuasa ni dah berjaya dipatahkan.

Advertisement



Hati-hati dengan media pro Barat seperti CNN, Guardian, RT , Fox News, Washington Post dan BBC. Mereka ni kan macam sengaja nak gambarkan seolah-olah Turki ni masih kacau bilau tahap darurat padahal tak adalah seteruk itu. Kalau boleh ambil maklumat ke, berita ke, dari sumber yang boleh dipercayai macam Al-Jazeera dan Daily Sabah. Sumber berita daripada mereka lebih telus dan neutral sedikit.

Kebetulan tadi pergi ambil isteri baru balik dari hospital. Baru habis on-call semalam. Bila saya cerita dua berita gempar ini muka isteri saya dah jadi lain dah. Saya cakaplah:

“Betullah, abang pernah dengar dari seorang orang soleh ni. Dia cakap sebelum Imam Mahdi muncul akan ada perang di Syria. Selepas Syria akan berlaku pula perang di Turki dan selepas tu Imam Mahdi akan muncul “.

Sebenarnya saya tak terlalu ambil serius sangat benda ni sebelum ni. Sebab waktu saya dengar cerita ini, Turki tak bergolak seperti mana sekarang.

Saya pun sambunglah cerita-cerita rahsia sebelum Dajjal turun nanti. Saya beritahu dia tentang akan berlaku kemarau teruk sebelum Dajjal turun.

Waktu itu kita dah tak boleh pertahan anak isteri dah. Nafsi-nafsi dah. Kau diri kau. Aku diri aku. Bila Dajjal turun nanti dia akan keliling satu dunia. Dia akan kuasai seluruh tempat yang ada di atas muka bumi ni kecuali Mekah dan Madinah. Tu pun nanti orang munafik akan keluar beramai ramai daripada dua kota suci tu dan pergi kepada Dajjal.

“Habis tu nanti macam mana anak kita bang? Kita solat pun tak jaga betul lagi. Abang ada dua orang perempuan yang lemah ni abang nak jaga. Nabilah dan Maryam. Dan juga seorang lelaki. “

Sambil dia usap-usap bayi 36 minggu yang masih dalam perut dia itu.

Saya sempat juga pesan kat isteri untuk bersiap sedia dari sekarang sebab perang ni bila-bila boleh berlaku. Ideologi Isis sekarang dah perlahan lahan masuk ke Malaysia. Orang luar nak serang Malaysia pun senang dah sekarang dengan alasan nak serang kubu Isis.

Kebetulan dia mengeluh penat balik on-call, pesakit tak putus-putus datang. Saya nasihat lagi sebenarnya kerja doktor ini akan sangat-sangat vital bila perang sedang berlaku. Ratio penduduk Malaysia dan doktor sekarang masih 1 : 600. Seorang doktor nak kena meliputi 600 orang kalau ditakdirkan perang berlaku secara tiba-tiba kat Malaysia ni!

Masa itulah kita akan rasa betapa berharganya kerja sebagai doktor, kan? Alhamdulillah isteri saya dah sedikit tenang sekarang walaupun dia masih termenung jauh. Cuma saya ada bagitahu satu rahsia kat dia. Ini seorang ustaz yang beritahu saya. Walau apa pun terjadi, pintu taubat masih terbuka, sampailah matahari terbit di sebelah Barat.

Ada tanda-tanda yang akan terjadi sebelum matahari tu nak terbit kat sebelah Barat. Ni tak ramai yg tahu kata Ustaz tu. Tanda matahari nak naik sebelah Barat nanti katanya bumi akan bergelap selama tiga hari. Ada setengah hadis sebut dua hari. Ada setengah lagi sebut tiga hari. Ulama’ buat kesimpulan akan ada sebahagian negara akan bergelap selama tiga hari dan sebahagian negara yg lain pula akan bergelap selama tiga hari.

Jadi bila dah jadi macam itu ustaz tu minta kita fokus betul-betul minta ampun pada Allah. Sebab apabila matahari dah naik sebelah Barat, no way man! Jadi apa nak buat sekarang? Ustaz tu pesan, sekarang ni banyakkan hadiri majlis ilmu dan hafal betul-betul 10 ayat pertama dan terakhir surah Al Kahfi.

Itu saja benteng terakhir yang kita ada.

P/ S : Saya Taufiq Razif bukan seorang ustaz tau. Jadi saya minta kawan-kawan Ustaz boleh betulkan jika info yang saya berikan ini jika bertentangan dengan Hadis . Tapi setakat kefahaman yang saya ada, insya-Allah tak bertentangan. Sebarkan ya kalau nak keluarga kita bersiap sedia dengan kedatangan Dajjal. Wallahua’lam

Sumber: Taufiq Razif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.