Lelaki Ini Tegur Sikap Masyarakat Malaysia Tidak Kemas Meja Selepas Makan Di Luar

Trending

Lelaki Ini Tegur Sikap Masyarakat Malaysia Tidak Kemas Meja Selepas Makan Di Luar

Ada satu hari dalam minggu lepas, aku dengan keluarga pergi IKEA. Orang lain berebut beli tudung dan jubah, isteri aku nak beli karpet. Aku tak naklah cakap apa-apa takut dia kecil hati.
an1
Aku berkira-kira nak buka puasa dulu bawa air, lepas itu bila tempat makan dah lengang, baru pergi makan.

Sampai di tempat makan IKEA, memang ramailah orang Muslim yang dah habis berbuka puasa atau dalam bahasa sekarang, dah iftar. Aku perhati sajalah orang sekeliling aku sebab aku menganggap diri aku pemerhati masyarakat merangkap pejuang papan kekunci (okeyboard warrior) yang ada tergerak nak anjur perubahan pada orang kita.

Advertisement

Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin ikhlas dari JKKN. #mysenibudaya

A photo posted by JKKN (@mysenibudaya) on


Selepas viral pasal kes aku kongsi dulu yang di IKEA kau kena angkat dulang sendiri dan kemas meja sendiri, selepas mendapat pelbagai kecaman daripada puak-puak poyo yang membalas cadangan aku dengan ayat “aku bayar, jadi kenapa aku kena angkat?” memang amat menyedihkan bila pada bulan Ramadan pun, Melayu masih lagi layu.

Makan ramai-ramai, baca doa makan, selesai makan, baca doa lepas makan, dulang dan sisa makanan masih lagi tidak diuruskan. Terkial-kiallah beberapa orang pekerja asing yang kena kutip tulang yang anda jilat atas meja. Kalau ada jatuh ke bawah, dia kena sapu. Kalau ada yang tumpah, dia yang lapkan. Dah bersihkan meja, kena angkat bawak ke stesen, kemudian ulang benda tu pada majoriti pelanggan yang datang dan pergi begitu sahaja.

Kita ni memang benakkah kepala tu? Memang nak rasa dimanjakankah orang kita ni? Takkanlah yang reti puasa ni tak reti baca? Tak sensitif langsung ke kita ni?

Aku gelarkan benak, mengerti pula sensitif.

Yang amat menyedihkan, depan aku, ada satu keluarga besar datang makan dengan datuk, nenek dia sekali. Duduk meja yang boleh muat dalam 12 orang.

Bila dah selesai berbuka puasa/makan malam, salah seorang anak dia yang aku tengok adalah berumur 21/22 tahun cuba nak kemas meja tu ketika keluarga dia dah habis makan dan nak beransur balik.

Kau tau apa abah dia cakap?

“Biar aje lah.”

Anak dia pun letak balik tray yang dia nak buat kumpul pinggan mangkuk diorang makan tadi dan beredar pergi.

Adakah itu kita yang sebenarnya?

Mungkin. Sebab setakat ni, memang sepanjang pemerhatian aku, hanya sejumlah minoriti yang mampu ikut sistem yang dilaksanakan. Yang mengecewakan, sejumlah minoriti itu pun yang minoriti di Malaysia.

Majoriti, hanya tau pergi, makan dan balik serta bersyukur kenyang sambil mengucapkan alhamdulillah sebab ada pekerja asing mencari rezeki di negara kita. Ye lah, kalau kita dah amalkan kemaskan sendiri, kat mana lagi diorang nak dapat kerja?

Jadi, mereka lah yang perlu bersyukur kerana kita tak kemas meja kita, kan?

Kredit: Irmanyadi Idris

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...