Lelaki Ini Tak Makan Nasi Sejak Dari Bayi Kerana Alahan

Trending

Lelaki Ini Tak Makan Nasi Sejak Dari Bayi Kerana Alahan

Sebagai rakyat Malaysia, nasi adalah makanan wajib untuk kita semua setiap hari. Tanpa nasi, ibarat tidak lengkaplah hidup kita satu hari itu.

Walaubagaimanapun berbeza dengan Mohammad Fitri Abdul Manaf, 27, yang tidak pernah makan nasi, menurut Harian Metro.

Fitri berkata, beliau tidak pernah menjamah nasi sejak lahir kerana tekaknya seakan alah dengan makanan ruji itu dan menjadikan roti sebagai hidangan utamanya.
Fitri berusia 8 tahun

Advertisement

Menurut ibunya, ketika dia berusia sembilan bulan, anaknya sering kali memuntahkan bubur nasi yang disuap kepadanya.

Bimbang dia kelaparan, ibunya kemudian cuba memberinya makan roti dan tidak sangka dia menyukainya dan menjadi hidangan utamanya sehingga kini.

Kata ibunya, anaknya itu cukup sensitif dengan nasi, malah pernah terjadi rotinya terkena nasi dan Mohamad Fitri berhenti makan kerana hilang selera.

“Dia bukan anak yang cerewet, cuma dia tidak boleh makan nasi, jadi dahulu saya akan pastikan stok roti sentiasa ada di rumah.”

 

 

Fitri dan isterinya

Fitri juga memberitahu, isterinya mempunyai masalah untuk menyediakan makanan kepadanya pada awal perkahwinan dan terpaksa merujuk Internet untuk belajar memasak masakan barat yang berasaskan roti.

Mujur isteri sabar melayan perangai pelik saya ini dan sanggup mencuba bermacam-macam resipi.

 

Isteri Fitri akan buatkan masakan ala barat seperti gulungan sosej ataupun roti berintikan daging cincang, jemput-jemput ikan bilis untuk hidangan makan malamnya.

Selepas itu, isteri akan memasak makanan lain untuk dirinya, saya tidaklah memaksanya untuk mengikut selera saya. Jika dia buntu untuk menyediakan makanan saya, biasanya kami akan makan di kedai makan atau restoran sahaja.

Fitri bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta dan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia enam bulan.

Admin tak boleh bayang jika tak makan nasi satu hari. Mahu menggigil dibuatnya. Apakah makanan yang anda tidak boleh makan langsung? kongsikan.
tak makan nasi langsung

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...