Lelaki Ini Rancak Bercerita, ‘Klimaks’ Buat Netizen Geram

Trending

Lelaki Ini Rancak Bercerita, ‘Klimaks’ Buat Netizen Geram

Bila kita bercerita tentang iklan, anda yang membesar pada tahun 90-an dahulu pastinya masih ingat beberapa iklan legend yang selalu ditayangkan di televisyen dahulu. Sebagai contoh, iklan snek Apollo, snek Tora, perencah Adabi dan kopi Super Power.

Boleh dikatakan yang iklan-iklan tersebut tersemat di dalam ingatan kita kerana sering kita lihat di televisyen setiap kali kita menonton sesuatu rancangan. Sehinggakan ada yang sampai hafal setiap dialog dalam iklan tersebut.

Advertisement

Lelaki belanja budak
3 years ago

Lelaki Kongsi Cerita Di Kedai Runcit Dengan Dua Orang Budak

Bagi yang tidak tahu, iklan-iklan ini sebenarnya merupakan faktor yang membolehkan saluran televisyen tersebut mendapat keuntungan dalam perniagaan mereka. Ini adalah kerana, tiada sumber pendapatan bagi sesebuah stesen televisyen itu jika tiada iklan.

Muncul plot twist ketika lelaki ini sedang bercerita

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @macameppuljeni_ yang memaparkan seorang lelaki bercerita tentang satu kejadian ketika dia mengeluarkan duit di bank.


Dalam perkongsian video tersebut, lelaki itu menceritakan tentang pengalamannya apabila berjumpa dengan seorang makcik yang menjual kerepek selepas dia selesai mengeluarkan duit di bank.

Makcik itu menjual kerepek di hadapan bank tempat lelaki tersebut keluarkan duit. Selepas itu, makcik itu mempelawa lelaki itu untuk membeli kerepek yang dijualnya dan lelaki itu memberitahu yang dia berminat untuk membeli kerepek tersebut.

Apa yang membuatkan ramai penonton terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila cerita lelaki itu tergantung hanya sampai situ kerana kemudiannya muncul iklan Apollo yang selalu ditonton di televisyen pada suatu ketika dahulu.

“Nasib baik apollo tu bunyi. Kadang dekat tv tak ada bunyi”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 517.6 ribu tontonan, 53.3 ribu tanda like dan 4.6 ribu komen. Rata-rata netizen turut ketawa sebaik sahaja melihat kemunculan iklan tersebut dan merasa tertipu apabila cerita itu dibiarkan tergantung begitu sahaja.

Lelaki rancak bercerita Lelaki rancak bercerita Lelaki rancak bercerita Lelaki rancak bercerita Lelaki rancak bercerita Lelaki rancak bercerita Lelaki rancak bercerita Lelaki rancak bercerita Lelaki rancak bercerita

Lelaki rancak bercerita

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan yang mereka sabar menunggu iklan itu habis untuk mendengar cerita itu sampai habis tetapi tiada sambungan. Ada juga yang meminta lelaki tersebut untuk menghabiskan ceritanya di dalam perkongsian video yang lain.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...