Perkongsian seorang individu di media sosial baru-baru ini mengundang perdebatan dalam kalangan netizen berikutan dia ada berkongsikan mengenai kebaikan ejen Takaful yang sering memberi hadiah dan buah tangan apabila tiba tarikh-tarikh penting seperti hari jadi dan sebagainya.
Kata individu itu, ejen Takafulnya itu kerap menghantar barang seperti makanan, dan tidak ‘lari’ atau ‘lesap’ setelah berjaya mendaftar pelanggan.
Meninjau ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen turut berkongsikan pengalaman yang sama seperti individu itu.
Namun dalam banyak-banyak pujian, ada juga yang tidak bersetuju dan berpendapat bahawa ejen insurans atau takaful tidak mempunyai beban tugas atau ‘job scope’ seperti itu.
kenapa nak expect agent takaful service sampai mcm tu eh? diorg pun ada life masing2. meminta2 pulak masing2. ada ke dlm job scope agent takaful bagi kek, hadiah. client pun bukan kita sorang. jgn la duk compare compare agent. takkan dia tak bagi kau kek kau terus nak terminate? https://t.co/VzDbE0uw9o
— ? (@taescious) May 25, 2022
Kata netizen, tidak semua ejen takaful itu berduit dan mereka tidak wajib memberikan hadiah atau buah tangan kepada ‘client’ masing-masing.
Dalam pada itu, ada sesetengah warga maya berpendapat bahawa perkhidmatan selepas pembelian atau ‘after sales service’ adalah sangat penting kepada pelanggan masing-masing.
Seperti contoh, netizen berpendapat bahawa memberi ucapan ketika hari lahir atau hari perayaan sudah memadai sebagai tanda penghargaan di atas pembelian dan sokongan yang diberikan.