Seperti yang kita tahu, wanita mengandung biasanya akan mengalami alahan seperti muntah-muntah. Ia adalah satu perkara yang nyata dan bukan direka-reka oleh wanita yang mengandung. Pastinya ramai dalam kalangan wanita mengandung yang pernah alami kan?
Menurut Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Fertiliti Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Maiza Tusimin, alahan dalam terma klinikal dikenali sebagai nausea and vomiting of pregnancy (NVP). Kira-kira 8 daripada 10 wanita mengandung akan mengalaminya pada trimester pertama dan boleh berlarutan sehingga awal trimester kedua.
Walaupun disebut sebagai morning sickness, ia boleh berlaku pada bila-bila masa termasuk pada waktu malam. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya NVP adalah peningkatan hormon estrogen dan progesteron, deria bau dan rasa yang tajam ketika mengandung serta air liur berlebihan yang membuatkan rasa mual.
Ada sesetengah individu yang salah faham dengan menganggap perasaan hendak muntah atau perasaan mahu tidur sepanjang hari adalah kerana inginkan perhatian tetapi ia sememangnya perkara yang selalu dialami oleh wanita mengandung. Namun, ada juga yang tidak mengalami pengalaman sebegitu kerana si suami yang terkena alahan.
Terpaksa tukar driver sebab suami muntah teruk tengah jalan
Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian daripada seorang individu bernama fatehahefa7392 yang memaparkan gelagat seorang lelaki mengalami muntah teruk semasa isterinya mengandung.
Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan lelaki itu terpaksa memberhentikan kereta beberapa kali di tepi jalan ketika mereka sedang menuju balik ke rumah gara-gara tidak tahan alahan dan muntah teruk semasa isterinya mengandung.
Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut merasa terhibur adalah apabila kemudiannya si isteri yang menggantikan suaminya menjadi driver kerana suami tidak mampu menahan rasa mual.
“Rasa bahagia bila pregnant takda alahan tapi kesian pula tengok dia yang kena alahan orang pregnant. Sabar wahai husband ya bertahan saja,” tulis isterinya di kapsyen perkongsian video tersebut.
“Aku tak tahu kenapa aku suka tengok bila lelaki kena alahan hahaha”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 326.3 ribu tontonan, 24.3 ribu tanda like dan 1.2 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat lelaki itu kerana muntah-muntah disebabkan alahan.
Ramai juga yang berkongsi mengatakan mereka juga mengalami pengalaman yang sama seperti wanita itu, si suami yang terkena alahan serta muntah-muntah dan tidak terkena pada mereka.
Ada juga yang berpendapat bahawa lelaki yang mengalami alahan semasa isteri sedang mengandung itu tandanya mereka sangat menyayangi si isteri.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara