Lelaki Ini Mohon Maaf Komen Biadab Terhadap Sultan Muhammad V

Trending

Lelaki Ini Mohon Maaf Komen Biadab Terhadap Sultan Muhammad V

Seorang lelaki menggunakan akaun Facebook Eric Liew memohon maaf atas tindakannya menghina bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

sultan-cover

Advertisement

Kata-kata biadab Eric yang membawa maksud ‘terlalu sibuk berzina dengan pengantin barunya’ itu tular di media sosial sehingga mengundang kemarahan netizen.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki yang mendesak pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Eric. Lelaki itu sengaja membuat fitnah dengan mengaitkan perletakan jawatan Baginda dengan dakwaan Tuanku sibuk berzina.

Dalam perkembangan terbaru, syarikat di mana Eric bekerja berjanji akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut terhadap pekerjanya itu. Mungkin tidak tahan dikecam, Eric juga sudah menutup akaun Facebooknya.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...