Lelaki Ini Menyangkal Segala Andaian Yang Dibuat Mengenai Tahap Keselesaan di MAEPS

COVID-19

Lelaki Ini Menyangkal Segala Andaian Yang Dibuat Mengenai Tahap Keselesaan di MAEPS

Umum diketahui bahawa tular di media sosial mengenai tahap keselesaan dan kebersihan di pusat kuaranti di MAEPS.

Menerusi perkongsian seorang inidividu Afifie Chan, yang telah berkuarantin di MAEPS, beliau memuat naik beberapa posting di laman twitter-nya.

Ramai yang buat andaian bahawa keadaan di MAEPS ini cukup menakutkan.

Ada juga yang tanya saya pasal jumlah tandas atau bilik mandi. Jangan risau, sepanjang saya di sana, tak pernah pun kena beratur.

Toilet diaorang bukannya cikai pun, dah nama pusat kuarantin, kena la jaga kebersihan.

Ada juga yang tanya kalau makanan dia hambar ke apa. Cuba tengok ni.

Siap diaorang hantar pada kami lagi makanan. Tapi kami pun bantu hantar atau agihkan makanan. Buat sama-sama la. Kerja diaorang pun dah banyak.

Mungkin ada juga yang nak tahu kenapa katil di MAEPS ni semua rapat-rapat. Dah overloaded ke macam mana?

Ha..ini paling penting, panas ke tak dalam dewan tu? Cuba tengok gambar ni, memang sejuk beku habis. Kalah aircon dekat rumah..

Pasti ada yang takut kalau disahkan positif, jadi apabila setiap kali ada pesakit baru, kami akan bagi sokongan moral. Ala Maze Runner gitu.

Bab charge phone ni jangan risau, memang terlebih dari cukup.

Jadi diharapkan dengan perkongsian Afifi, segala pertanyaan mengenai kondisi atau suasana di MAEPS atau Pusat Kuarantin, terjawab.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...