“Lelaki Ini Mengembalikan Senyumanku, Pasangan & Cinta Saya” – Luahan Hati BCL Buat Suami Baru

Dunia

“Lelaki Ini Mengembalikan Senyumanku, Pasangan & Cinta Saya” – Luahan Hati BCL Buat Suami Baru

Sedia maklum, pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari telah selamat disatukan bersama kekasih hati, Tiko Aryawardhana selepas tiga tahun menjadi balu.

Di laman Instagram BCL, dia berkongsikan sebuah video yang didedikasikan khas buat suami barunya sempena perkahwinan mereka yang berlangsung 2 December lalu.

Advertisement

Balu Allahyarham Ashraf Sinclair itu meluahkan tentang rasa sakit kehilangan cinta tiga tahun lalu tetapi berjaya bangkit semula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

Kata pelakon itu, dengan kehadiran Tiko dalam hidupnya serta anak lelaki, Noah Sinclair, dia telah memberi sinar baru buat mereka dan diberi peluang untuk rasa bahagia sebagai seorang isteri sekali lagi.

Rasa sakit akan tetap ada, tetapi lelaki ini mengembalikan senyumanku. Awak adalah teman baik saya, cahaya di dalam gelap, pasangan saya dan cinta saya.

Sebelum ini, BCL dan Tiko sah bergelar suami isteri selepas mengadakan majlis nikah di sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan rapat.

Sekadar info, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada tahun 2020 akibat serangan jantung.

BCL
1 year ago

(VIDEO) "Alhamdulillah Bukan Tanggungjawab Ashraf Lagi" - Tular Video BCL & Tiko Mabuk, Berpesta Sakan Diraikan Di Kelab Malam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...