Lelaki Ini Mengaku Dijangkiti COVID-19 Selepas Menjilat Mangkuk Tandas Untuk ‘Coronavirus Challenge’

COVID-19

Lelaki Ini Mengaku Dijangkiti COVID-19 Selepas Menjilat Mangkuk Tandas Untuk ‘Coronavirus Challenge’

Dalam pada seluruh dunia kini sedang berada dalam keadaan kritikal menangani penularan wabak COVID-19, ada juga sesetengah individu yang menjadikan isu ini sebagai bahan untuk melakukan ‘prank’. Sejak beberapa bulan lalu, ‘Coronavirus Challenge’ tular di media sosial antarabangsa.

Di dalam challenge itu, mereka akan menjilat mangkuk tandas bagi merealisasikan ‘Coronavirus Challenge’. Antara yang melakukan challenge ini ialah lelaki berusia 21 tahun ini bernama Larz. Malangnya, gara-gara melakukan cabaran itu dia mendakwa dirinya kini positif COVID-19.

Advertisement

coronavirus challenge

Larz turut memaklumkan perkara itu melalui video yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya. Di dalam ‘Coronavirus Challenge’ yang dirakamkan itu, lelaki tersebut telah berjalan masuk ke dalam sebuah tandas sebelum menjilat mangkuk tandas tersebut beberapa kali.

Tindakannya itu mendapat kritikan daripada ramai pihak kerana sikapnya yang sengaja mempertaruhkan nyawa sendiri demi populariti murahan begini. Sebaik sahaja dia mengesahkan dirinya positif, ramai yang menyalahkan kebodohannya itu.

Namun menurut laporan lain, lelaki tersebut sebenarnya berbohong mengenai dirinya dijangkiti wabak itu kerana ingin mendapatkan perhatian. Ini kerana dia gagal memberikan bukti dirinya positif wabak tersebut selepas diminta oleh orang ramai. Kini, akaun Twitter miliknya juga telah digantung selepas netizen membuat laporan mengenai pembohongan itu.

Sebelum ini juga, seorang penyampai radio dikecam selepas dengan sengajanya menjilat kemudahan awam dengan alasan ingin ‘menangkap’ coronavirus. Tindakan kurang bijak penyampai radio itu malah disokong oleh stesen radio tempatnya bekerja. Anda boleh baca artikel penuh pada pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Penyampai Radio Dikecam Cuba ‘Menangkap’ Coronavirus Dengan Menjilat Kemudahan Awam

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...