Lelaki Ini Lawat Ibu Pejabat Mi Ramen Pedas Samyang, Perjelas Status Halal

Trending

Lelaki Ini Lawat Ibu Pejabat Mi Ramen Pedas Samyang, Perjelas Status Halal

Walaupun mendapat pengiktirafan halal Korea Muslim Federation yang diiktiraf pula oleh JAKIM, masih ramai di kalangan netizen yang menyebarkan bahawa Mi Ramen Pedas Samyang yang viral itu tidak halal.

Untitled-1Justeru, seorang pengguna Facebook yang bernama Nizam TiKir telah melawat ibu pejabat Samyang di Seoul, Korea Selatan untuk mendapatkan penjelasan dari pihak Samyang.

Advertisement

[Lawatan ke Samyang HQ]

Hari ni abg bersama Halal Korea (NGO yang memperjuangkan pasaran halal di Korea) melawat HQ syarikat Samyang di Miasageori, Seoul. Tujuan asal untuk bersoal-jawab dengan pengurusan Samyang berkenaan tatacara mereka menjaga kehalalan produk mereka.

[Updated~ sila share utk makluman rakyat M’sia]
Berikut adalah maklumat hasil soal jawab bersama Executive Director of Sales (Overseas), Samyang Foods Co. Ltd:

1. Samyang ada dua kilang untuk hasilkan ramen mereka. Semua ramen halal mereka dihasilkan hanya dari kilang terbaru mereka di Wonju yang telah mendapat sijil halal dari Korea Muslim Federation (KMF). Logo halal ada pada bungkusan. KMF adalah organisasi yang memberi persijilan halal di Korea.
2. Tiga barisan pengeluaran di kilang di Wonju dikhaskan untuk menghasilkan  ramen halal.
3. Ramen halal keluaran mereka hanya dieksport. Pengimport terbesar adalah Malaysia dan Indonesia.
4. Ramen untuk jualan tempatan di Korea masih menggunakan kilang lama.Jadi, tidak halal… dan tidak ada logo halal pada pembungkusan.
5. Masalah timbul bila ada pihak yang seludup ramen yang tidak halal yang dijual di pasaran Korea dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Kalau tak ada logo halal tu maknanya ia bukan dieksport oleh pihak Samyang.. dan ia tidak halal.
6. Logo halal yang tulen adalah cetakan terus pada pembungkus dan bukannya tampalan atas bungkusan.
8. Tak lama lagi di pasaran Malaysia akan keluar perisa baru… Abang dah rasa tadi… pedas-pedas sedap.. tak sepedas yang ori tu… memang sesuai dengan tekak N.Sembilan abang ni. Tak la podeh melahar macam yang original itu.

Oleh itu, mereka yang menyebarkan gambar ramen yang terdapat cetakan halal (seperti yang sering lalu di timeline FB penulis) dan mengatakan ia haram, mungkin patut berhenti berbuat sedemikian kerana ia ternyata halal.

Niat anda sudah baik mahu orang lain jaga kehalalan makanan tapi kerana tidak menyelidik, yang halal pula anda jatuhkan hukum haram dan ia boleh dikira sebagai satu fitnah. –amazingnara.com

Sumber: Nizam TiKir

6210381171594

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.