Lelaki Ini Lakukan ‘Plastic Detox’ Dan Lihat Apa Yang Berlaku Selepas Itu

Trending

Lelaki Ini Lakukan ‘Plastic Detox’ Dan Lihat Apa Yang Berlaku Selepas Itu

Seorang lelaki dari Austria , Chris Thaller, berkongsi pengalamannya berhenti menggunakan plastik dan telah menjalankan eksperimen ‘Plastic Detox’. Dia mula sedar tentang perkara ini selepas pulang dari satu kempen mengenai kesedaran alam sekitar.

Advertisement

Ikuti perjalanan Chris dalam misi plastic detox tersebut.

Kenapa berhenti menggunakan single-use plastic sangat penting?

  • Ada banyak plastik di sekeliling: Setiap minit, 1 juta botol plastik dibeli di seluruh dunia. Jika anda menambahnya dengan semua bungkusan plastik dan beg plastik yang dibuang setiap hari, anda boleh bayangkan berapa banyak sampah yang akan anda hasilkan dalam satu hari sahaja.
  • Perkara yang menakutkan- Plastik tidak akan hilang: Plastik hanya pecah menjadi kepingan yang lebih kecil dan lebih kecil dimana kita panggil mikroplastik. Cepat atau lambat kepingan itu masuk ke dalam air bawah tanah atau ke lautan, dan ikan akan mula memakannya.
  • Plastik sebenarnya masuk ke dalam badan kita: Anda makan ikan itu, jadi plastik yang kita beli dahulu masuk terus ke dalam badan kita. Malangnya, ramai orang masih tidak melihat masalah dengan jelas dan faham tentangnya.

Inilah sebabnya mengapa saya ingin berkongsi eksperimen bebas plastik ini dengan anda, serta perkara utama yang saya pelajari sepanjang eksperimen yang kini membantu saya menjalani kehidupan dengan mengurangkan pengunaan plastik.

Percaya atau tidak… sejak saya mula  berusaha untuk berhenti membeli makanan yang dibungkus dalam plastik, saya telah kehilangan berat badan. Semoga Berjaya! ?

KISAH PLASTIC DETOX SAYA

Semuanya bermula ketika penerbangan ke New York (NY). Saya sedang dalam perjalanan untuk menghadiri Hari Lautan Sedunia 2017. Kami datang bersama-sama untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya pencemaran plastik marin. Saya sudah bersedia untuk bertindak menyelamatkan bumi!

“Makanan awak, encik?” Tanya pegawai penerbangan tersebut. Soalan ini akhirnya mengubah sepenuhnya pengalaman saya di NY. Selepas selesai makan, saya melihat ke bawah bekas makanan dan terkejut apabila melihat longgokkan sampah plastik.

Bukankah saya pergi ke New York untuk mencapai sesuatu yang bertentangan? Bukankah sepatutnya saya perlu mengajak orang berhenti menggunakan plastik?

Ini adalah saat saya memutuskan untuk mencabar diri. Selagi saya berada di New York, saya tidak akan membeli atau mengambil apa-apa yang dibungkus dalam plastik. Ayuh memulakan permainan sekarang!

Hari Pertama- Kopi Take-away

Ketika dalam perjalanan menuju ke lokasi meeting  untuk hari pertama di New York, kami memutuskan untuk membeli kopi di sebuah kafe kecil. Saya terlupa untuk membawa cawan kopi dari rumah.

Saya masih mahu beli kopi atau tidak? Okay ke kalau saya tidak menggunakan penutup cawan? Cawan bungkusan ini sebenarnya boleh dikitar semula atau tak?

Penyelesaian untuk masalah pertama : Tiada kopi untuk saya. Jadi petang itu saya beli cawan yang boleh diguna semula – diperbuat daripada buluh – dan selamat digunakan sepanjang berada di sini.

Walaupun cawan yang digunakan untuk take-away secara teknikal boleh dikitar semula, tetapi secara realistiknya  tidak. Cawan-cawan tersebut kebanyakannya diperbuat daripada kertas, tetapi mereka dipenuhi dengan polietilena plastik untuk menjadikannya kalis air.

 

Hari ke 2 – Gunung Plastik

Hari ke 2 di New York City. Saya melakukan ‘morning run’. Dalam perjalanan ke Central Park, saya terkejut dengan apa yang saya lihat. Terdapat plastik di mana-mana. Semakin saya melihat sekeliling, semakin saya menyedari betapa banyak sampah plastik dikeliling. Saya melihat gunung-gunung sisa plastik yang melapisi jalan raya. Saya tahu seseorang akan datang dengan sebuah trak besar untuk mengambil dan membersihkannya, tetapi di manakah semua plastik ini akan pergi?

Hari ke #3-Botol Air

Hari ini ialah hari untuk bersiar-siar di sekitar bandar. Selepas 3 jam meneroka Manhattan, saya memutuskan untuk makan tengah hari. Saya mula mencari restoran yang sihat. Selepas lebih daripada 25 restoran yang hanya menyajikan makanan mereka dalam pembungkusan plastik, saya akan berhenti, apabila akhirnya saya menemui sebuah restoran baru yang cool. Mereka menyajikan hidangan mereka dibalut kertas di atas piring kayu.

Lokasi yang tepat!

Saya dengan ramah meminta pelayan jika dia boleh mengisi semula botol aluminium saya dengan air tetapi amat mengecewakan apabila dia memberi tahu yang saya hanya boleh minum air tersebut dari cawan plastik. Ini semua atas faktor kebersihan. Nampak kelakarkan? Tapi ini realiti yang saya lalui.

Hari Terakhir- Kembali ke dalam pesawat

Hari ini ialah hari terakhir perjalanan saya dan merupakan hari untuk berlepas pulang. Setakat ini saya telah berjaya menempuh cabaran saya untuk mengelakkan penggunaan plastik semasa di New York. Saya bangga, tetapi masih ada satu halangan terakhir iaitu penerbangan saya kembali ke Austria.

Ketika petugas penerbangan bertanya kepada saya tentang makan, saya menolak. Saya telah membawa sandwic sayur saya sendiri yang dibungkus kertas, botol aluminium berisi air (diisi di lapangan terbang) dan 2 biji epal untuk pencuci mulut. Saya telah menyelesaikan misi dan tidak membeli atau menggunakan plastik selama tempoh 5 hari trip ini.  Tetapi ia tidak berakhir di situ sahaja.

Pulang Ke Rumah-Hidup Tanpa Plastik Diteruskan

Sejak perjalanan ke New York saya elak menggunakan plastik sebanyak yang boleh:

  • Saya tidak membeli sebotol plastik selama lebih daripada setahun dan saya telah membeli barangan yang boleh diguna semula
  • Saya selalu membawa cawan kopi saya yang boleh digunakan semula, botol air a dan cotton bag
  • Saya juga membawa kotak makanan sendiri apabila saya mengambil makan malam dari restoran Vietnam kegemaran saya

Saya perlu mengakui bahawa masih terdapat banyak plastik dalam hidup saya, tetapi seperti yang mereka katakan, setiap langkah adalah penting, dan jika kita semua hanya mengambil beberapa langkah ke arah yang betul, kita akan mencapai matlamat  untuk membuat sesuatu yang lebih baik.

5 PERKARA SAYA DIPELAJARI SELEPAS BERHENTI MENGGUNAKAN PLASTIK SINGLE-USE

  1. Anda sentiasa mencari alternatif bebas plastik. Ia hanya memerlukan sedikit masa.
  2. Boleh menjimatkan wang.
  3. Dapat enurunkan berat badan.
  4. Anda berasa lebih baik, it’s cool to care
  5. Anda terbiasa dengan kehidupan tanpa plastik dan akan terbiasa dengan tabiat membeli-belah baru.

Tetapi jika ada satu perkara yang saya pelajari dari plastic detox, perkara itu adalah pengalaman yang sangat memuaskan dan perasaan yang hebat untuk mengetahui bahawa anda melakukan yang terbaik untuk menjadikan dunia kita lebih baik!

Sumber: Runstatic

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...