Lelaki Ini Hasilkan Video ‘Stop Motion’ Guna Peralatan Di Rumah Sahaja

Trending

Lelaki Ini Hasilkan Video ‘Stop Motion’ Guna Peralatan Di Rumah Sahaja

Umum menyedari bahawa kita sudah masuk fasa ke-4 dalam melaksanakan Perintah Kawalan pergerakan (PKP).

Oleh itu, sepanjang PKP ini dilaksanakan sehingga hari ini, sudah pasti ada saja idea kreatif yang sudah tercetus daripada fikiran segelintir masyarakat di Malaysia.

Sama seperti seorang pengarah tempatan Quek Shio yang berbakat ini. Difahamkan, beliau sangat meminati sukan berbasikal. Tetapi, disebabkan beliau sangat rindu untuk berbasikal, maka terhasillah video stop motion yang kreatif ini.

Advertisement

Menariknya, dalam menghasilkan video ini beliau hanya menggunakan segala peralatan peribadi miliknya sahaja.

 

Melihat hasil video tersebut, kita dapat lihat kegigihan Quek Shio untuk menghasilkan video tersebut.

Mana tidaknya, untuk menggabungkan lebih seribu gambar dalam menyiapkan sebuah video sahaja bukanlah sesuatu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika ianya dilakukan seorang diri.

Untuk pengetahuan anda, Quek Shiro juga pernah menghasilkan video iklan raya TNB Konvoi Epik Raya Fantastik tahun lalu.

Jom fikirkan sesuatu yang kreatif juga.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...