Lelaki Ini Kongsikan Transformasi Rumahnya Dari Apartment Biasa Menjadi Seperti Rumah Mewah

Kehidupan

Lelaki Ini Kongsikan Transformasi Rumahnya Dari Apartment Biasa Menjadi Seperti Rumah Mewah

Memang ramai yang idamkan untuk ada sebuah rumah idaman milik sendiri. Tetapi tak ramai yang mampu untuk ada rumah sendiri ditambah pula dengan keadaan ekonomi sekarang ini. Sehinggakan ada yang sanggup berhutang demi mendapatkan rumah idaman.

Tetapi bak kata pepatah “dimana ada kemahuan di situ ada jalan.” Begitulah yang dapat dikongsikan oleh Cikgu Farid Saadul Baharim yang berkongsikan bagaimana dia melakukan transformasi pada rumahnya seperti rumah mewah tanpa perlu berhutang.

Advertisement

Mengambil konsep moden dengan tema warna hitam putih berjaya mengubah rupa rumah apartment nya seperti berpindah ke rumah baru. Walaupun hakikatnya ianya masih rumah yang sama.

rumah apartmen

“Saya bab deco-deco ni memang suka, ini design dan style yang saya minat. Pemilihan tema hitam putih dalam rumah tidak salah cuma kena pandai main warna.”

transformasi rumah
keadaan tandas sebelum dan selepas diubah
keadaan dapur sebelum dan selepas diubah
Pemilihan perabot perlu selaras dengan tema yang dipilih sama ada klasik, retro, tradisional atau moden. Menurutnya juga, jangan terlampau banyak perabot sampai penuh satu rumah tetapi ikut keluasan rumah.

Bajet? Terserah kepada diri sendiri. Total saya renovate rumah tak sampai RM10k (upah pekerja sahaja) kerana barang2 seperti jubin lantai, sinki bilik air, pintu, sliding door dan sebagainya saya beli sendiri, survey di kilang2 jubin. Wainscoting juga saya dan isteri saya buat sendiri dgn bajet RM250 sahaja berbanding upah org buat sampai RM1k. Yang mana boleh buat sendiri, saya dan isteri buat sendiri.

hiasan dalaman rumah bertema hitam
“Memandangkan rumah agak kecil, nak beli meja makan pun macam tak ada keperluan lagi, yela dua ketul je, ruang sempit sikit pula tu jadi kami buat top table dan letak kerusi tinggi makan berdua.”

ruang dapur moden
ruang dapur
Ruang dapur digunakan sebaik mungkin oleh kerana ruangnya yang kecil. Pemilihan perabot juga sangat penting untuk mengelakkan ruang menjadi sempit.

ruang tandas
“Bilik air ada dua pintu, satu pintu ke dapur satu lagi ke bilik tidur. kiranya kalau ada tetamu datang isteri acah-acah malu nak ke bilik air dia boleh ikut pintu kedua. Ada jam, itu memang penting sebab saya ni memang suka duk bilik air berjam-jam.”

Menurutnya lagi untuk mengubah suai rumah tidak semestinya perlu beli barang-barang atau perabot mahal di kedai berjenama. Beli di kedai biasa sahaja seperti kedai eko, Mr. Diy atau Ikea asalkan barangnya berkualiti dan nampak elegan.

Apa-apa pun yang penting berbelanja mengikut kemampuan sendiri dan tidak berbelanja di luar kemampuan. Bagi mereka di dalam proses membeli rumah, elakkan berbelanja berlebihan dan ukur baju di badan sendiri.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...