Lelaki Ini Kongsikan Keunikan Air Sungai Merah di Kota Tinggi Johor

Travel

Lelaki Ini Kongsikan Keunikan Air Sungai Merah di Kota Tinggi Johor

Seorang individu Zaqwan Mohd mengkongsikan pengalaman beliau ke Gunung Panti, Kota Tinggi Johor.

Seram juga warna air ni namun selamat untuk diminum sebab katanya warna air ni berpunca dari akar-akar pokok.

kredit – Facebook Zaqwan Mohd

Terletak berhampiran dengan Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor. Mempunyai ketinggian setinggi 456 meter (1,498 kaki). Pendakian ambil masa 2 jam – 2 jam setengah sehala untuk sampai ke puncak.

Advertisement

Menurutnya, trek atau trail Gunung Panti agak lembap terutamanya musim hujan. Jadi kalau pacat tu, memang biasa.

kredit – Facebook Zaqwan Mohd

100 meter terakhir adalah yang paling mencabar. Pastikan anda gunakan kasut yang mempunyai tapak yang sesuai

kredit – Facebook Zaqwan Mohd

AWAS! Jangan masuk hutan simpan sesuka hati. Ya, kita wajib memohon permit pendakian lebih awal sebelum aktiviti. Permohonan permit perlu dibuat di Pejabat Perhutanan Bukit Timbalan Johor Bahru.

Jika korang didapati menceroboh, denda sebanyak RM10,000 seorang dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pesalah.

kredit – Facebook Zaqwan Mohd

Segala aktiviti pendakian perlu mematuhi SOP yang telah dikeluarkan. Wajib patuh, ingat kawan2 yang kita masih belum menang melawan si covid-19 ni. Dalam masa kita nak beriadah ni, SOP tetap kena jaga.

kredit – Facebook Zaqwan Mohd

 

Jaga kebersihan kawasan ini. Jangan buang sampah merata. Bagi peluang orang lain rasa keindahan alam. Jaga hutan yang terpelihara ni sebaiknya.

Kredit : Facebook Zaqwan Mohd

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...