Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah & Jimat, Simpan Air Guna Bakul Pakaian Dan Beg Plastik

Trending

Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah & Jimat, Simpan Air Guna Bakul Pakaian Dan Beg Plastik

Ketika ini masalah air yang melanda agak membimbangkan kita lebih-lebih lagi aktiviti harian seperti memasak,mandi, basuh pakaian dan lain-lain susah nak dibuat.

Advertisement

Jadi sebab itu digalakkan untuk kita menyimpan air sebanyak mana yang boleh agar situasi ini dapat ditangani sebaik mungkin.

Individu ini kongsi cara mudah bagaimana nak simpan air dengan cara yang agak mudah.

Ingin Menyimpan Air tetapi Kekurangan Bekas Menyimpan Air, Mungkin Ini Boleh Membantu

Gunakan Bakul Pakaian dan Beg Plastik. Mudah dan Jimat

Idea ini bermula apabila, saudara Mohammed Zakir Husin Mohammed Zahid, menjadi seorang dari penduduk yang berebut-rebut untuk membeli bekas simpanan air, dan kerana kuantiti yang terhad, dia terpaksa mencari cara lain atas keperluan keluarga yang ramai.

Tulis Sinar Harian lagi, Mohammed Zakir teringat akan kenduri yang dihadirinya di mana plastik kanvas dan batu bata digunakan untuk menyimpan air bagi memudahkan kerja membasuh pinggan.

Dari idea tersebut, dia cuba mengaplikasikannya dengan bakul pakaian yang ada di rumah, dan gunakan plastik untuk mengisi air bagi kegunaan harian dan basuhan.

Dengan keluarga yang ramai, mempunya 10 orang anak, dan hanya 3 orang sahaja yang tinggal di asrama, dia berpendapat cara ini sangat berkesan kerana simpanan air mampu bertahan selama 3 hari dengan 6 bakul yang digunakan.

Bagi kegunaan memasak pula, Mohammed Zakir menggunakan bekas air yang bersesuaian, dan simpanan air yang menggunakan plastik diletakkan di dalam bilik air untuk kegunaan harian.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, di mana dia menghabiskan lebih seratus ringgit hanya semata-mata untuk membeli bekas air, idea seumpama ini sangat baik, kerana tidak menggunakan kos yang tinggi, dan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.

Bagi mereka yang mempunyai keluarga besar, mungkin cara ini boleh digunakan dikala waktu kecemasan.

Sumber : Sinar Harian, Zakir Husin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...