Lelaki Ini Kongsi Amalan Sihat Setelah Diuji Strok Sebelah Badan, Darah Tinggi Dan Kencing Manis

Kehidupan

Lelaki Ini Kongsi Amalan Sihat Setelah Diuji Strok Sebelah Badan, Darah Tinggi Dan Kencing Manis

Riadah merupakan salah satu aktiviti yang mampu merehatkan minda kita setelah penat seharian berkerja. Namun, kekuatan untuk kekal konsisten juga harus diambil kira. Kini, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk kekalkan stamina, paling penting sekali..lebih sihat dan cerdas!

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Rofdi Nordin ada berkongsi kisahnya yang dahulu dihidapi pelbagai penyakit. Kisahnya turut dikongsi di laman sesawang MyKayuh.

Advertisement

Tambah lelaki ini, dahulu dia mengalami strok sebelah badan, lumpuh yang memakan masa bertahun untuk sembuh. Bukan itu sahaja, dia juga diuji dengan penyakit darah tinggi, kencing manis dan mempunyai kolestrol.

Pun begitu, kecekalan lelaki ini membuatkan netizen bangga kerana dia tidak putus semangat untuk mencuba demi kesihatan yang baik.

Menyingkap pengalaman ketika diuji penyakit itu, Rofdi memberitahu bahawa dia disarankan untuk sentiasa mengambil ubat dan berjumpa doktor setiap bulan.

“Masalahnya setiap kali berjumpa doktor pasti kena marah sebab tekanan darah tinggi dan paras gula tinggi”

“Sehinggalah saya ambil keputusan untuk kayuh basikal, hasilnya amat memuaskan”

Ujar lelaki ini, setelah hampir 2 tahun berkayuh, tahap tekanan darah tinggi, paras gula dan kolestrol kembali normal. Alhamdulillah..

Advertisement

Lebih membanggakan, berat badannya pun menurun selepas berjinak dalam aktiviti bebrbasikal.

“Sekarang jumpa doktor pun 6 bulan sekali”

Rofdi turut menyeru kepada semua yang mempunyai masalah sepertinya untuk mencuba aktiviti seperti berbasikal, berjogging, atau hiking yang dapat mengeluarkan peluh. Betul jugak tu kan..

Sebelum mengakhiri perkongsian di laman sosial Facebook itu, lelaki ini sempat memberi peringatan bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jadi jangan putus asa ya semua…

Jom kita contohi lelaki ini. Semoga perkongsian kali ini memberi semangat untuk kita terus beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat..

Sumber 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...