Lelaki Ini Kehilangan 27 Batang Giginya Akibat Minum Air Berkabonat Setiap Hari

Trending

Lelaki Ini Kehilangan 27 Batang Giginya Akibat Minum Air Berkabonat Setiap Hari

Seorang lelaki dari UK kehilangan 27 batang giginya kerana pengambilan air berkabonat yang kerap. Akibat kandungan gula yang tinggi dalam minuman tersebut, lelaki tersebut mengalami sakit gigi yang serious. Tabiat gemar meminum minuman berkabonat tersebut membawa padah apabila giginya rosak dengan teruk.

Advertisement

Michael Sheridan meminum sekurang-kurangnya enam liter air berkabonat setiap hari. Akibatnya, dia terpaksa membuang kesemua 27 giginya yang rosak.

Obsesinya terhadap air bergula itu menyebablan beliau sanggup menahan sakit sehingga menyebabkan dia terpaksa makan makanan lembut lebih 10 tahun.

“Saya tahu jika saya berjumpa doktor gigi untuk mengubat sakit gigi saya, saya akan terpaksa untuk berhenti minum air berkabonat dan saya tidak mahu berhenti.

“Saya juga tidak mempunyai wang yang banyak untuk mengubat penyakit ini. Mujur seorang rakan yang merupakan seorang doktor gigi ingin membiayai perubatan ini,” katanya seperti yang dipetik dalam laporan portal Mirror.co.uk.

November lalu, beliau telah menjalani rawatan giginya dan mendapat kembali sepasang gigi baru.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...