Lelaki Ini Jual Kereta Kesayangan, 100% Hasil Jualan Disumbangkan Ke Pondok Tahfiz

Kehidupan

Lelaki Ini Jual Kereta Kesayangan, 100% Hasil Jualan Disumbangkan Ke Pondok Tahfiz

Setiap individu pasti mempunyai impian yang tinggi dan sudah pasti berbagai macam cara akan dilakukan untuk memastikan impian itu akan tercapai.

Hal ini berlaku kepada seorang pemuda yang berkongsi hasratnya itu di akaun Facebook miliknya. Dia menjual kereta kesayangan miliknya dan menyatakan 100% hasil jualan keretanya itu akan disumbangkan ke Pondok Tahfiz Haji Ahmad di Pahang.

Advertisement

Tidak lama selepas itu, keretanya itu telah dibeli dan dikongsi menerusi akaun Facebook Motorsports Malaysia. 

Lelaki itu mendapat pujian daripada warganet kerana sikapnya yang baik hati sanggup menjual kereta kesayangannya dan hasil jualan akan disumbangkan kepada sebuah pondok tahfiz untuk saham akhirat.

Semoga pemuda ini sentiasa diperluas pintu rezeki dan mendapat ganjaran atas kebaikan yang dilakukan. Tak ramai yang sanggup nak jual barang kesayangan tapi betul-betul respect dengan pemuda ni.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...