Setiap individu pasti mempunyai impian yang tinggi dan sudah pasti berbagai macam cara akan dilakukan untuk memastikan impian itu akan tercapai.
Hal ini berlaku kepada seorang pemuda yang berkongsi hasratnya itu di akaun Facebook miliknya. Dia menjual kereta kesayangan miliknya dan menyatakan 100% hasil jualan keretanya itu akan disumbangkan ke Pondok Tahfiz Haji Ahmad di Pahang.
Tidak lama selepas itu, keretanya itu telah dibeli dan dikongsi menerusi akaun Facebook Motorsports Malaysia.
Lelaki itu mendapat pujian daripada warganet kerana sikapnya yang baik hati sanggup menjual kereta kesayangannya dan hasil jualan akan disumbangkan kepada sebuah pondok tahfiz untuk saham akhirat.
Semoga pemuda ini sentiasa diperluas pintu rezeki dan mendapat ganjaran atas kebaikan yang dilakukan. Tak ramai yang sanggup nak jual barang kesayangan tapi betul-betul respect dengan pemuda ni.