Lelaki Ini Hilang RM9,000 Hanya Dalam Masa 6 Minit Sementara Tunggu Bank Sekat Kad Kredit

Trending

Lelaki Ini Hilang RM9,000 Hanya Dalam Masa 6 Minit Sementara Tunggu Bank Sekat Kad Kredit

Seorang pengguna Facebook berkongsikan bagaimana dia kehilangan RM9000 hanya dalam masa 6 minit sahaja. Dan 5 minit dihabiskan ketika dia sedang di dalam proses menelefon pihak bank untuk menyekat kad kredit yang ‘hilang’ itu.

Jin Wai Choo berkongsikan kisahnya yang menjadi mangsa ‘scammer’ baru-baru ini. Yang menjadi masalahnya bukan sahaja ditipu tetapi proses untuk menyekat kad kreditnya mengambil masa terlalu lama.

Advertisement

24/09/2019 adalah hari terburuk buat saya. Saya habiskan masa hampir separuh hari di pejabat polis untuk buat laporan polis. Anda mesti terkejut kalau tahu betapa tidak efisiennya sistem perbankan di Malaysia untuk situasi kecemasan.

Semuanya bermula apabila saya nak beli telefon Huawei P30 Pro berharga RM2,800 di laman web Mudah. Saya hubungi penjual bernama Felix Tan (bukan nama sebenar) untuk COD.

scammer

Felix bukan nama sebenar

Kami setuju untuk jumpa di Solaris pada jam dua petang. Felix datang dengan sebuah beg biru dan di dalamnya ada sebuah iPhone XS di dalam kotak masih di sealed untuk ‘pelanggan’ lain.

Hint pertama

Felix beritahu dia perlu kembali ke pejabat untuk ambil telefon Huawei yang saya nak beli dan minta kad kredit saya untuk uruskan pembayaran. Tapi saya tolak dan bertegas untuk ikut dia ke pejabat.

“Bos saya tak benarkan ‘orang luar’ datang ke pejabat sebab saya beli telefon ni guna staff discount je.”

Hint kedua

Tapi Felix tetap yakinkan saya untuk serahkan kad kredit pada dia kerana katanya sekejap sahaja. Dia juga tinggalkan iPhone XS yang masih di sealed itu bersama kad kredit nya pada saya sebagai jaminan. Tapi hakikatnya, hanya ada skru dan besi di dalam kotak itu.

kotak iphone
Hint ketiga

Saya serahkan kad kredit saya pada jam 2.10pm pada dia. Ketika uruskan ‘pembayaran’, dia bertanya sama ada saya ada terima OTP code yang langsung saya tak terima.

rakaman cctv
Felix kemudian hubungi saya untuk dapatkan nombor PIN bagi selesaikan urusan dengan cepat. Sebabkan saya ingin cepat kembali semula ke pejabat, saya serahkan nombor PIN saya pada dia. Saya mengaku ini perkara bodoh yang tak patut saya buat.

Tapi disebabkan Felix ada tinggalkan kad kredit dan iPhone XS nya ini saya rasa lebih selamat dan yakin.

Saya terima notifikasi dari CIMB sejumlah RM1,500 dikeluarkan dari kad kredit via ATM. Yang peliknya, kenapa pengeluaran dari mesin ATM pula? Pukul 2.15pm saya hubungi +60362047799 (CIMB Hotline) untuk menyekat kad kredit saya.

“Sebelum sempat saya bercakap dengan operator saya kena ikuti proses satu persatu. Pada saat ini, pukul 2.16pm RM1,500 dikeluarkan. Pukul 2.17pm lagi RM1,500 dikeluarkan.”

Dua lagi pengeluaran berjaya dilakukan pada 2.19pm dan 2.20pm dengan RM1,500 setiap pengeluaran. Selepas 10 saat kemudian baru lah saya dapat bercakap dengan customer service untuk sekat kad kredit dengan serta merta.

cimb bank

“Sejumlah 6 transaksi berjaya dilakukan dalam masa 5-6 minit. 5 daripada 6 berlaku semasa saya sedang cuba hubungi pihak CIMB untuk menyekat kad kredit.”

Bayangkan betapa lama dan tidak efisiennya proses untuk menyekat kad bank di dalam situasi kecemasan macam ini. Scammer akan ada pelbagai modus operandi dan situasi macam ini seharusnya ditangani segera.

lelaki dengan telefon
Sepatutnya urusan untuk menyekat kad bank perlu diutamakan dan bukannya perlu lalui proses yang panjang dan lama seperti ini. Terlalu banyak masa dihabiskan hanya untuk membuat laporan.

CIMB tidak hubungi saya langsung selepas sejumlah RM9,300 dikeluarkan dalam masa yang sangat singkat. Sesiapa sahaja akan berasa curiga dengan situasi ini lagi-lagi kad kredit itu langsung tidak pernah dibuat pengeluaran wang tunai.

scammer
Untuk anda di luar sana, hati-hati dengan scammer bernama Lee Wai Kuen ini. Sebelum ini dia pernah ditangkap dan beberapa orang pernah menjadi mangsa. Diharapkan kisah ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...