Seorang pengguna Facebook berkongsikan bagaimana dia kehilangan RM9000 hanya dalam masa 6 minit sahaja. Dan 5 minit dihabiskan ketika dia sedang di dalam proses menelefon pihak bank untuk menyekat kad kredit yang ‘hilang’ itu.
Jin Wai Choo berkongsikan kisahnya yang menjadi mangsa ‘scammer’ baru-baru ini. Yang menjadi masalahnya bukan sahaja ditipu tetapi proses untuk menyekat kad kreditnya mengambil masa terlalu lama.
24/09/2019 adalah hari terburuk buat saya. Saya habiskan masa hampir separuh hari di pejabat polis untuk buat laporan polis. Anda mesti terkejut kalau tahu betapa tidak efisiennya sistem perbankan di Malaysia untuk situasi kecemasan.
Semuanya bermula apabila saya nak beli telefon Huawei P30 Pro berharga RM2,800 di laman web Mudah. Saya hubungi penjual bernama Felix Tan (bukan nama sebenar) untuk COD.

Felix bukan nama sebenar
Kami setuju untuk jumpa di Solaris pada jam dua petang. Felix datang dengan sebuah beg biru dan di dalamnya ada sebuah iPhone XS di dalam kotak masih di sealed untuk ‘pelanggan’ lain.
Hint pertama
Felix beritahu dia perlu kembali ke pejabat untuk ambil telefon Huawei yang saya nak beli dan minta kad kredit saya untuk uruskan pembayaran. Tapi saya tolak dan bertegas untuk ikut dia ke pejabat.
“Bos saya tak benarkan ‘orang luar’ datang ke pejabat sebab saya beli telefon ni guna staff discount je.”
Hint kedua
Tapi Felix tetap yakinkan saya untuk serahkan kad kredit pada dia kerana katanya sekejap sahaja. Dia juga tinggalkan iPhone XS yang masih di sealed itu bersama kad kredit nya pada saya sebagai jaminan. Tapi hakikatnya, hanya ada skru dan besi di dalam kotak itu.

Saya serahkan kad kredit saya pada jam 2.10pm pada dia. Ketika uruskan ‘pembayaran’, dia bertanya sama ada saya ada terima OTP code yang langsung saya tak terima.

Tapi disebabkan Felix ada tinggalkan kad kredit dan iPhone XS nya ini saya rasa lebih selamat dan yakin.
Saya terima notifikasi dari CIMB sejumlah RM1,500 dikeluarkan dari kad kredit via ATM. Yang peliknya, kenapa pengeluaran dari mesin ATM pula? Pukul 2.15pm saya hubungi +60362047799 (CIMB Hotline) untuk menyekat kad kredit saya.
“Sebelum sempat saya bercakap dengan operator saya kena ikuti proses satu persatu. Pada saat ini, pukul 2.16pm RM1,500 dikeluarkan. Pukul 2.17pm lagi RM1,500 dikeluarkan.”
Dua lagi pengeluaran berjaya dilakukan pada 2.19pm dan 2.20pm dengan RM1,500 setiap pengeluaran. Selepas 10 saat kemudian baru lah saya dapat bercakap dengan customer service untuk sekat kad kredit dengan serta merta.

“Sejumlah 6 transaksi berjaya dilakukan dalam masa 5-6 minit. 5 daripada 6 berlaku semasa saya sedang cuba hubungi pihak CIMB untuk menyekat kad kredit.”
Bayangkan betapa lama dan tidak efisiennya proses untuk menyekat kad bank di dalam situasi kecemasan macam ini. Scammer akan ada pelbagai modus operandi dan situasi macam ini seharusnya ditangani segera.

CIMB tidak hubungi saya langsung selepas sejumlah RM9,300 dikeluarkan dalam masa yang sangat singkat. Sesiapa sahaja akan berasa curiga dengan situasi ini lagi-lagi kad kredit itu langsung tidak pernah dibuat pengeluaran wang tunai.

Sumber: Facebook