Lelaki Ini Hasilkan Resume Yang “Gempak”, Hingga Diterima Kerja Di Syarikat Besar Tanpa Perlu Temuduga

Trending

Lelaki Ini Hasilkan Resume Yang “Gempak”, Hingga Diterima Kerja Di Syarikat Besar Tanpa Perlu Temuduga

Setiap orang sudah pasti ingin mendapatkan kerja yang baik dan terjamin kehidupannya dengan mendapat jumlah gaji yang tinggi. Dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai dilihat diluar sana ramai graduan-graduan sedang mencari kerja, ada dilihat ingin mencari kerja tetapi apabila di hari interview pakai pakaian yang tidak sepatutnya membuatkan gagal menarik perhatian penemuduga.

Advertisement

Tahukah anda, seorang lelaki bernama Sumukh Mehta ,21, dari Bangalore India ini telah mendapat pekerjaan di syarikat di sebuah syarikat besar iaitu Majalah GQ yang beroperasi di beberapa buah negara beribu pejabat di New York tanpa perlu ditemuduga.

Bagaimana dia boleh dapat perkejaan tanpa temuduga? adakah pakai ‘kabel’?

Sebenarnya tidak, hanya dengan persediaannya yang rapi dia telah berjaya mengambil hati pihak pengurusan GQ London di mana dengan melihat design resume sahaja mereka telah mengambil keputusan untuk mengambilnya bekerja.

Dia telah menyertakan 20 muka untuk resume, hebatnya apabila dia menjadikan dirinya sebagai model dan kemudiannya menjadikan resumenya itu sebagai jilid seperti majalah.

‘Majalah’ itu turut memuatkan kelayakan akademik dan pengalaman bekerja Sumukh yang disusun seperti rekaan grafik sebuah majalah.

“Saya mengambil masa tiga minggu untuk menyiapkan semua ini, termasuklah sesi fotografi, rekaan grafik, dan penulisan,” ujar Mehta kepada Buzzfeed.

Salinan resume yang dihantar ke ibu pejabat GQ di London, Mumbai, dan New York itu membuahkan hasil apabila GQ London menawarkan Sumukh peluang latihan amali.

Pengarang GQ Mumbai, Dylan Jones turut kagum dengan usaha lelaki kelahiran Bangalore itu dan memuat naik kulit resumenya ke akaun Instagramnya dengan kapsyen berbunyi,

“Received this interesting job application today. #GQ #thingsthatmakeyougohmmm”

A photo posted by Che Kurrien (@che_gq) on

Hebatkan bila orang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kerja sampaikan dengan hantar resumenya dia dah berjaya menawan hati pihak pengurusan syarikat, syarikat besar antarabangsa tau, bukan kecil.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.