Lelaki Ini Guna Cara Genius “Layan” Isteri Buat Keputusan Ketika Shopping, Cecah Lebih 11,000 Perkongsian Di FB!

Trending

Lelaki Ini Guna Cara Genius “Layan” Isteri Buat Keputusan Ketika Shopping, Cecah Lebih 11,000 Perkongsian Di FB!

Di musim perayaan ini, normal buat para suami tidak boleh lari lagi dari menemani isteri masing-masing membeli barangan raya. Sepanjang musim raya pemandangan ini akan kita nampak.

Advertisement

Setiap kali menemani isteri, sudah tentu si isteri akan mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan dan ia adalah ‘nightmare’ untuk setiap lelaki.

Namun, kini anda mungkin boleh ‘memotong’ masa menemani isteri anda shopping jika anda mengikuti tips yang genius dari seorang pengguna Facebeook ini.

Tips ini dikongsi oleh Lutfi Lokman di Facebook dan mendapat lebih dari 11,000 perkongsian.

Jom ikuti perkongsian dari beliau.

Tengahari tadi melayani isteri yang ingin membeli kasut di sebuah pasaraya di Gurney, Penang. Saya mengambil inisiatif menjaga anak-anak sementara beliau pergi membeli kasut raya bagi menggantikan kasutnya yang sudah rosak. Maklumlah dah lama sibuk. Masa ni lah nak bagi peluang buat isteri.

“Teettt..” Mesej Whatsapp masuk.

Sekeping gambar di dalamnya ada 2 pasang kasut. Sebelah kasut asal beliau pun masuk dalam frame juga.

Saya sudah tahu jawapan. Tapi saya tidak terus menjawab. Cuma perhati apa soalannya.

“Yang mana cantik dan sesuai dengan saya ya?” tu dia soalan mai maut punya.

Saya tarik nafas dan mula menaip.

“Hmm.. Yang merah tu nampak garang. Cantik. Kena dengan semangat awak yang sentiasa bertenaga dan hebat. Warna hitam tu pun boleh tahan juga sebenarnya. Nampak elegan, bergaya dan ekslusif. Saya pilih hitam agar nampak kena dengan diri awak,” ujar saya yang bersedia.

“Ok! Thanks,” padat dan tak sampai 10 minit dia keluar dengan memakai kasut baharunya sambil tersenyum.

Tangan pun tak sempat lenguh dukung kembar lagi. Amacam?

Saya sangat berterima kasih pada siapa entah yang bagi tips supaya kau jangan jawab pendek sangat bila isteri tanya. Jawab seolah-olah kau berfikir walau hakikatnya otak kau tepu.

Cuba kita jawab “Mana-mana je,”

Mau lagi 4 jam dia keluar. Itupun kalau jumpa jalan yang benar dan tak lalu poster sale 70%.

ikhlas,
Lutfi Lokman
?#?mutalis? beristeri 1.
Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.