Lelaki Ini Dikatakan Gila Kerana Menanam Pokok Di Hutan Dan Selepas Beberapa Tahun, Beliau Diangkat Sebagai Wira

Trending

Lelaki Ini Dikatakan Gila Kerana Menanam Pokok Di Hutan Dan Selepas Beberapa Tahun, Beliau Diangkat Sebagai Wira

Sadiman (67) dikatakan gila oleh penduduk kampungnya pada mulakan kerana menanam pokok di dalam hutan. Tetapi selepas belasan tahun kemudian, seluruh penduduk kampungnya mula merasai manafaat kerana kampung yang dahulunya kering kontang mula mendapat bekalan air kembali.

Advertisement

Disebabkan pembalakan haram di Bukit Gendol, Wonogiri, Indonesia kawasan yang dulunya subur telah menjadi kering kontah akibat pembalakan dan pembakaran hutan secara berluasa.

Pokok yang ditanam adalah pokok Banyan(Beringin) dimana pokok ini mampu menampung air bawah tanah serta menapis air tersebut menjadi air bersih yang mampu digunakan oleh penduduk sekitar.

Air dari kawasan bukit tersebut kemudian disalurkan untuk mengairi kawasan pertanian di bawah gunung. Hasil air takungan semulajadi yang bersih ini juga disalurkan kepada penduduk kampung sekitar iaitu Kampung Geneng dan Conto yang berada di lering bukit tersebut.

“Ada 650 ketua keluarga yang tinggal di dua desa ini yang bergantung kepada bekalan air bersih dari sungai Bukit Gendol. Mereka selama ini tidak peduli bahkan sering merosakkan pokok Beringin yang ditanam oleh Sadiman, dimana mereka juga sangat bergantung kepada bekalan air bersih yang diusahakan oleh Sadiman. Ini sangat memalukan sebenarnya, bukan membantu malah sering menggangu tanama yang ditanam Sadiman” – Suranto, ketua kelompok pengadaan air warga Desa Geneng, Kamis

“Kami harus jujur mengakui bahawa Sadiman ini adalah pahlawan. Dulu penduduk sering mengatakan beliau gila kerana setiap hari menanam pokok di tanah bukan miliknya malah menanam di hutan. Namun sekarang seluruh penduduk kampung menikmati hasil susah payah beliau mengembalikan air bersih ke kawasan ini”- Wagiyono, Wakil Ketua Lingkungan Masyarakat Dekat Hutan (LMDH) Desa Geneng.

Pengorbanan Sadiman sangat besar dalam pemuliharaan hutan di kampungnya. Sebagai petani dan pencari rumput, kewangan yang dimiliki tidak mematahkan semangat untuk mendapatkan anak pokok beringin.

Harga anak pokok beringin sekitar Rp 50.000 hingga Rp 100.000 dan ianya sangat mahal untuk dibeli dengan pendapatan beliau yang sedikit. Pada awalnya beliau mengutip anak benih di hutan, namum cara tersebut sangat memerlukan usaha dan masa.

Kemudian beliau mula menanam anak benih cengkih di halaman rumahnya untuk dijual dan ditukarkan dengan anak pokok beringin. 10 anak pokok cengkih boleh ditukarkan dengan 1 anak pokok beringin setinggi 1 meter.

Usaha Sadiman sememangnya tinggi apabila beliau membeli sendiri baja untuk pokok beringin yang ditanam, beliau juga menulis papan tanda larangan penerbangan pokok yang ditanamnya di hutan.

“Saya selalu mengajak anak muda untuk menanam pohon dan melarang menebangnya. Pohon menopang hidup kita, menyediakan air bersih dan menahan erosi dan banjir,” kata Sadiman.

Sadiman juga sering meminta sumbangan anak pokok untuk ditanam. Bukan pokok beringan sahaja, semua pokok pun diterima asalkan mempunyai batang yang keras dan berakar kuat.

p/s Di Malaysia pula banyak pokok ditebang di hutan atas tujuan membangunkan kawasan tanaman. Elok la kalau betul ingin menguasakan kawasan tanaman tapi yang teruknya lebih banyak pokok yang ditebang dari pokok yang ditanam semula. Bukan apa, hal ini untuk anak cucu kita juga. Boleh ke anak cucu kita nanti tengok sungai yang jernih?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...