Lelaki Ini Didapati Reka Cerita Sedih & Pura-Pura Pengsan Untuk Raih Simpati – “Taktik Dapatkan Duit Daripada Orang Ramai”

Kehidupan

Lelaki Ini Didapati Reka Cerita Sedih & Pura-Pura Pengsan Untuk Raih Simpati – “Taktik Dapatkan Duit Daripada Orang Ramai”

Seorang individu berkongsi di Facebook tentang lelaki yang dijumpai pengsan di hadapan kediamannya di Taman Melawati pada 9 Mac lalu.

Cerita Sherry Peris, jirannya adalah orang pertama yang menemukan lelaki berkenaan dan terus menghubungi ambulan untuk mendapatkan bantuan perubatan. Penduduk di sekitar itu juga turut menghulurkan sedikit makanan dan minuman untuknya.

Advertisement

Dia mendakwa berasal dari Rawang dan melarikan diri dari rumah kerana didera bapanya yang kaki botol. Dia juga mendakwa tak boleh bercakap bahasa lain selain Mandarin dan didiagnos dengan Autism.

ambulans

Lelaki itu tidak mempunyai MyKad bersamanya dan mendakwa tidak makan seharian dan pengsan di tengah jalan disebabkan gastrik. Pada awalnya, dia berkeras untuk ke Tampin mencari ibunya namun selepas puas dipujuk, lelaki tersebut bersetuju untuk dihantar ke hospital.

Kami baru dapat tahu dia sebenarnya scammer. Kami ada baca hantaran di media sosial mengatakan dia mereka cerita sedih dan menggunakan identiti palsu untuk meraih simpati bagi mendapatkan duit dan makanan daripada orang awam.

Malah pagi semalam lelaki itu dikatakan mengulangi cara penipuan yang sama di sekitar Sunway dengan menggunakan nama lain tetapi kali ini dia fasih berbahasa Inggeris.

Selepas membat carian di Internet, individu ini mendapati lelaki berkenaan sudah menipu ramai orang sejak tahun 2020 dan akhbar berita Cina tempatan juga pernah menulis tentangnya malah dia turut diberikan gelaran ‘The Fainted Guy’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 weeks ago

Nyaris Tertipu, Wanita Kongsi Taktik 'Scammer' Menyamar Ejen Rumah Sewa & Guna Unit Airbnb Untuk 'Trick'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...