Lelaki Ini Dakwa Isteri Da’i Farhan Melarikan Keretanya Sejak 6 Tahun Lalu?

Hiburan

Lelaki Ini Dakwa Isteri Da’i Farhan Melarikan Keretanya Sejak 6 Tahun Lalu?

Masih tidak berkesudahan lagi kontroversi mengenai Da’i Farhan dan isteri barunya. Macam-macam juga cerita yang telah dibongkarkan oleh netizen. Boleh kata antara cerita paling hangat tahun ini mengalahkan selebriti popular.

isteri kedua da'i farhan

Advertisement

Terbaru, seorang lelaki mendakwa kereta jenis Perodua Kenari miliknya telah dilarikan oleh isteri Farhan yang dikenali sebagai Aerin sejak tahun 2013. Pelbagai masalah timbul sehingga nama pemilik asal hampir disenaraihitamkan dan perlu membayar sehingga RM10,000.  Malah, dia tidak dapat mengesan wanita berkenaan sejak enam tahun lalu.

isteri da'i farhan curi keretaisteri da'i farhan curi keretaisteri da'i farhan curi kereta

Isteri Farhan didakwa larikan kereta, tukar nombor plat palsu

isteri kedua da'i farhanisteri kedua da'i farhanisteri kedua da'i farhan

Dengan kuasa viral dan bantuan netizen Malaysia, kereta lelaki terbabit akhirnya dapat dikesan di hadapan premis lama milik Aerin iaitu El Ilham Therapy Centre, Bayan Lepas.

 

 

Bagaimanapun, nombor pendaftaran kereta berkenaan sudah ditukar. Ingin mendapatkan kepastian, lelaki tersebut memeriksa nombor chasis kenderaan dan terbukti ianya sama dengan kereta miliknya yang hilang.

Kes selesai

isteri kedua da'i farhanisteri kedua da'i farhanSetelah kes berkenaan viral, nampaknya masalah tersebut sudah selesai dimana pemilik kenderaan mendapat kembali jumlah wang RM10,000 yang sudah dibayar olehnya sebelum ini.

Sumber Berita : Apeh Jamal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...