Ramai menganggap buli siber sesuatu yang tidak serius. Ada yang beranggapan mudah saja untuk seseorang menyelesaikan masalah buli siber, iaitu brehenti menggunakan Internet. Tetapi kadangkala pembuli siber bertindak keterlaluan, dengan membabitkan kehidupan orang yang dibuli.
Seorang pengguna Twitter, @abelljeffry telah mengongsi satu kisah ‘buli siber’ yang diketahuinya. Kerana tindakan-tindakan pembuli ini melampaui batas, sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku.



Agak menyedihkan apabila perkara seperti ini dilakukan oleh sekumpulan lelaki dewasa.
Mungkin mereka masih lepas bebas di luar sana, menjalani kehidupan seolah-olah tiada apa telah berlaku. Atau sesuatu yang pada mulanya dianggap kelakar, masih mengantui mereka kerana mereka telah menyebabkan seseorang mengambil nyawa sendiri.
Oleh itu, ingatkan anak-anak anda supaya berhati-hati dengan aktiviti di Internet. –amazingnara.com