Lelaki Ini Cerita Hari Terakhir Bersama Isterinya, “Selamat Tinggal, Sayang”

Trending

Lelaki Ini Cerita Hari Terakhir Bersama Isterinya, “Selamat Tinggal, Sayang”

Hanya kamu semua dan saya sahaja sahaja kini. Orang yang saya sayang telah meninggalkan saya dan kita semua buat selama-lamanya pada 2 April lalu, jam 9.55 pagi ketika saya berada di sisinya.

1Meninggalkan kita dan menuju ke tempat yang lebih baik, yang lebih selesa dan kini bersama-sama di dalam kelompok orang-orang yang mendapat keampunan Allah, Rahmat Allah dan kasih sayang dari Allah. INSYALLAH…amin..amin..amin Ya Roballa’lamin.

Advertisement


Sehari sebelum itu, saya banyak menghabiskan masa bersama Gee, berbeza dari hari-hari sebelumnya. Pelukan, ciuman kasih seorang suami ini tak putus saya berikan. Sehingga pada solat Maghrib, hati saya berkata dengan jelas:

Lepas solat Isyak nanti pergi gunting rambut, kemas-kemas kan janggut tu, siap-siap.

Memang saya pergi menguruskan kata hati itu tadi tanpa tertanya-tanya. Balik sahaja ke rumah selepas itu saya terus menghabiskan masa semula dengan Gee. Bila saya usap dahinya saya dapat rasakan Dahi Gee lembab, bukan berpeluh. Hati ini berdebar sebentar. Tanda-tanda Gee akan pergi jelas.

2

Saya membisikkan kalimah syahadah berulang-ulang kali ke telinga Gee sehingga dia tertidur dengan tenang sekali.

Keesokan pagi saya nak siapkan susu Gee pada waktu tertera di atas. Di depan mata saya, Gee menarik nafas perlahan dan sungguh-sungguh tenang dua  kali.

Kemudian, segala galanya terhenti.

Seolah-olah Gee telah mengucapkan selamat tinggal buat selamanya di dunia ini pada saya. Saya terus memeluk lembut dan erat Gee, saya ucapkan kalimah-kalimah yang sepatutmya, diiringi airmata yang tidak dapat di tahan-tahan lagi. Selesai saya peluk Gee, wajah dan badannya bagaikan “glowing”. Macam bercahaya lembut! Dan sekali lagi saya memeluk arwah isteri saya kembali.

3

Segala urusan jenazah sangat mudah dan terasa cepat sekali.  Jam 3.00 petang solat jenazah di Masjid Rasah dan kemudian ke Makam Tuan Hj Said, Seremban. Hanya saya yang menemani jenazah di dalam van ketika tu. Tiada apa yang dapat saya katakan waktu itu, hanya sepi.

Sampai sahaja di kawasan Makam, tiba-tiba bau wangi mula berlegar dalam van tu. Bila semakin hampir ke “rumah” Gee, bau wangi semakin kuat. Terus saya berkata pada arwah:

Rupa-rupanya sayang, kamu tak sabar-sabar nak ke rumahmu, ya?

Tersenyum saya keseorangan apabila terasa di hati betapa bertuahnya kamu sayang di sisi Allah. Bila tiba di ruang lahadmu, semua orang nampak betapa kemas dan kelihatan sangat bersihnya.

6Kain kapan wajahmu saya buka untuk mencium tanah, sekali lagi sangat cerah dan ketenangan wajahmu jelas kelihatan. Salam terakhir saya bisikkan pada Gee dan saya berkata:

Sayang, awak tunggu saya ya, pasti saya akan jumpa awak nanti..InsyaAllah. Bertuah kamu sayang, INSYAALLAH.

Perginya kamu sayang, meninggalkan perasaan rindu yang ikhlas di hati suamimu ini. Selamat tinggal, sayang.

Subhanallah.

Sumber: Aman Shah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...