Kebanyakan setiap individu tahu life hacks untuk diterapkan dalam melakukan aktiviti seharian lagi-lagi kalau dalam persiapan untuk memasak.
Terdapat banyak cara mudah dan singkat yang orang ramai tahu dalam proses penyediaan makanan salah satunya ialah cara untuk memisahkan kuning dan putih telur. Banyak cara yang orang lain sudah kongsikan namun lelaki ini juga turut berkongsi cara lain untuk memisahkan kuning dan putih telur.
Menerusi akaun Tiktok miliknya, dia cuba untuk membuktikan apakah betul kuning telur boleh dipisahkan dengan putih telur dengan hanya menggunakan bawang putih.
Dia terus mencuba dengan cara menggosok jarinya dengan permukaan bawang putih lalu dia pisahkan kuning telur tersebut daripada putih telur.
Hasilnya, memang berkesan dan kuning telur tersebut tidak pecah.
Lelaki ini juga mengesyorkan untuk orang ramai mencuba cara ini untuk pisahkan kuning dan putih telur.
Kalau la penulis tahu tip ni dari dulu, kan mudah hidup.