Lelaki Ini Bongkar Cara Seller Manipulasi Harga Ketika Promosi 11.11

Trending

Lelaki Ini Bongkar Cara Seller Manipulasi Harga Ketika Promosi 11.11

Umum mengetahui pembelian sesuatu barangan kini hanya di hujung jari.

Biarpun kini ekonomi negara agak meleset, namun orang ramai juga dilihat seakan tidak ketinggalan melepaskan sebarang peluang membeli belah secara atas talian ketika “sale” harga runtuh berkunjung tiba.

Advertisement

Bagaimanapun, gempar di laman Twitter baru-baru ini apabila seorang jejaka tampil membongkar cara penjual online ini meletakan harga di platform e-dagang ketika tibanya diskaun hebat pada hari atau bulan-bulan tertentu.

Menurutnya, pengguna kini boleh memeriksa harga sesuatu barangan supaya tidak lagi tertipu dengan agenda peniaga-peniaga online ini ketika membuat pembelian.

“Aku baru tahu boleh check price history kat Shopee guna chrome extension aliprice shopping assistant,”

Katanya, dengan cara itu, pengguna boleh mengetahui bagaimana harga diturun atau dinaikkan untuk sesuatu barangan yang dijual di platform berkenaan.

“So seller yang naikkan harga untuk kemudiannya bagi diskaun pada 11.11 akan kantoi seperti dalam contoh ini,”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan reaksi kurang senang dengan cara yang dikendali oleh pihak peniaga.

Rentetan kejadian, warganet juga khabarnya kini lebih peka dengan keadaan sekeliling, malah ada juga yang mengemukakan hasrat lakukan prosedur tersebut sebelum membuat penbelian selepas ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...