Lelaki Ini Berkongsi Percutian Seminggu Di Thailand Dengan Bajet RM1K Sahaja

Travel

Lelaki Ini Berkongsi Percutian Seminggu Di Thailand Dengan Bajet RM1K Sahaja

Baru-baru ini tular di Twitter perkongsian percutian menarik di Bangkok, Kanchanaburi, Krabi dan Hatyai, Thailand. Yang menariknya, penulis berkongsi tempat-tempat yang dilawati beserta harganya sekali.

Perkongsian ini telah dikongsikan oleh Mumin Hafiizh di akaun Twitter nya baru-baru ini. Bayangkan dalam masa sehari saja, perkongsian ini mendapat 6 ribu retweet di Twitter.

Advertisement

Jumlah bajet ini tidak termasuk makanan dan cenderahati ya. Disini kami kongsikan apa yang menarik mengenai percutian yang dikongsikan beliau ini.

Hari pertama

KL Sentral – KLIA2 – DMK Airport – Iconsiam – Thonburi Station – Hotel

Penulis bergerak dari KL Sentral menuju ke KLIA2 menaiki Skybus dan perjalanan ini mengambil masa selama 2 jam. Tambang sebanyak RM12 dikenakan untuk menaiki Skybus dari Kl Sentral ke KLIA2.

Di Bangkok, penulis berhenti rehat dan makan di Iconsiam. Kalau nak tahu, Iconsiam merupakan shopping mall yang wajib anda lawati ketika di Bangkok. Di sini juga ada banyak pilihan makanan halal untuk anda nikmati.

Selepas itu, boleh naik semula bot dan berhenti di Thonburi station dan anda boleh nikmati pemandangan indah di atas bot selama 40 minit perjalanan. Hotel Amarin Inn Bangkok hanya 10 minit perjalanan dari stesen ini.

Pada waktu malam boleh berjalan-jalan di pasar malam berdekatan tapi agak sukar untuk mendapatkan makanan halal di sana.

Tip: Jika anda ingin menangkap gambar makanan seperti lipan, kala jengking, lipas yang dijual akan dikenakan caj sebanyak 10 baht.

Hari kedua

Thonburi Station – Tham Krasae Station – River Kwai Station – River Kwai Bridge – War Cemetry

Perjalanan kereta api dari Thonburi Station ke Tham Krasae Station mengambil masa selama 4 jam. Sepanjang perjalanan anda akan melihat pemandangan sawah padi dan bukit bukau.

Setiba di stesen, anda boleh turun ke railway dan menangkap gambar di sana kerana pemandangannya memang cantik.

Hari ketiga

Untuk hari ketiga, penulis meluangkan masa sehari suntuk di Erawan Waterfall. Nak tahu apa yang menarik di sini?

Di Erawan Waterfall, ada 7 level yang kita perlu daki untuk sampai ke puncak. Untuk sampai ke sini, anda boleh menaiki bas dari hotel bergerak ke Kanchanaburi Station. Di sini akan ada bas khas yang membawa anda ke Erawan Waterfall ini.

Hari keempat

Masa untuk pergi Krabi! Untuk menjimatkan masa, anda boleh menaiki flight sahaja dari DMK Airport ke Krabi. Kalau naik train dari Kanchanaburi Station ke Krabi mengambil masa 15 jam. Jadi terpulang lah pada anda.

Hari kelima

Di Krabi anda boleh nikmati pakej 7 island tour dimana anda boleh melawat 7 buah pulau. Tour akan bermula dari jam 2 petang hingga 8 malam.

Anda boleh snorkeling, tangkap gambar dan bagi makan pada ikan pun boleh. Menjelang senja pula, anda akan dibawa ke satu pulau untuk nikmati BBQ. Wah, senang cerita pakej ni memang lengkap lah, anda cuma perlu bawa badan saja.

Hari keenam

Untuk ke Emerald Pool anda boleh sewa motor di kawasan hotel sahaja. Emerald Pool merupakan kolam air semulajadi yang mana pemandangan nya cukup cantik.

Pada malamnya, boleh ke night market kerana di sana memang ada banyak pilihan makanan halal. Jadi anda tak perlu risau untuk nikmati makan malam di sana.

Hari ketujuh

Hari terakhir di sana penulis bergerak pulang menaiki mini van dari hotel ke stesen kereta api Hatyai. Selepas itu boleh menuju ke Padang Besar, selesaikan urusan imigresen dan tamatlah percutian anda.

Kalau anda nak tahu lebih banyak maklumat mengenai percutian ini boleh terus ke akaun Mumin Hafiizh sahaja. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...