Seorang individu yang dikenali sebagai Wan Haziq berkongsi di Twitternya mengenai pengalaman kecurian motosikal kesayangannya. Namun dia bernasib baik kerana telah memasang alat pengesan Global Positioning System (GPS tracker) dan motosikalnya berjaya ditemukan semula dengan bantuan pihak polis dalam masa 2 jam sahaja.
Anyone nak pasang gps tracker? Please pasang. It helped me tracking my lost motorcycle. Hilang pukul 5 pagi and pukul 7 dah jumpa. Also found 2 stolen motorcycle in the house. And big thanks @PDRMsia pr the full commitment. pic.twitter.com/xVRHkq3zlF
Advertisement— Wan Haziq (@whaziqmahazir) August 17, 2020
Menurut Haziq, kecurian tersebut dipercayai melibatkan dua orang suspek. Suspek yang berjaya diberkas merupakan salah seorang daripada mereka yang melakukan tugasan meleraikan motosikal tersbut. Manakala seorang lagi suspek yang melakukan pencurian telah pulang ke rumah selepas selesai ‘tugasannya’.
Difahamkan, rumah tersebut merupakan stor simpanan barangan katering kerana banyak cawan katering kelihatan berada di sana.
GPS tracker membantu mengesan motosikal tersebut
Haziq yang menggunakan GPS tracker memberitahu alat tersebut dihubungkan terus ke telefon pintarnya. Perkara ini memudahkan untuk melihat pergerakan dan kedudukan motosikal tersebut melalui paparan di skrin telefon pintar dari semasa ke semasa.
Nak promote tracker “motomart gps tracker” pengasas dia pitstop. Boleh beli online RM195 shopee or kedai. Better kedai so dia boleh pasang, activate and link with your phone. pic.twitter.com/bOmB5PACO3
— Wan Haziq (@whaziqmahazir) August 17, 2020
Menurut Haziq lagi alat pengesan tersebut perlu dipasang dalam keadaan yang agak tersorok pada motosikal. Ini bagi memastikan pencuri tidak dapat mengesan alat tersebut dengan mudah.
GPS tracker ini bukan sahaja boleh dipasang pada motosikal, malah ianya boleh dipasang pada semua jenis kenderaan lain.
Tracker ni perlu dipasang di tempat yang tersorok. Jadi, better owner je tahu. So jangan tanya saya pasang dekat mana okay?
Yang penting, pasang di rangka, bawah coverset, atau dimana-mana tempat yang mengambil masa untuk buka and remove tracker.
— Wan Haziq (@whaziqmahazir) August 17, 2020
Dengan bantuan alat pengesan tersebut, Haziq dengan kerjasama pihak polis berjaya mengesan motosikalnya yang berada di sebuah lokasi tidak sampai 2 jam.
Hasil serbuan di rumah itu, mereka turut berjaya menemui dua lagi rangka motosikal Yamaha Y15.
Motor saya hilang dan dijumpai di Bandar Kinrara 5.
Dalam rumah tersebut ada 2 rangka y15 yang telah dikenalpasti oleh pihak polis.
Siapa owner, motor colour apa, number plate apa, saya tak tahu.
— Wan Haziq (@whaziqmahazir) August 17, 2020
Perkongsiannya itu mendapat lebih 14,000 retweet dan lebih 10,000 tanda likes. Ramai netizen turut berminat bertanyakan lebih lanjut mengenai GPS tracker tersebut yang turut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lain.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.